Pemimpin lantang MCA menjerit!
Berjiwa perpaduan, beliau berani menongkah arus dalam mengemukakan pandangannya
"Hari ini, Najib Razak menerima hukuman paling berat di sisi undang-undang. Keputusan mahkamah dihormati," kata bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker dalam satu hantaran di media sosial pada hari Jumaat, 26 Disember 2025.
Menekankan keadilan tidak memilih bulu, Ti mengingatkan dengan tegas suara yang semakin nyaring apabila beliau bertanya:
"Namun persoalan rakyat semakin jelas: Mengapa ada yang dihukum tanpa kompromi, sementara yang lain dengan tuduhan serius terus dilindungi oleh kuasa dan kepentingan politik?"
"Ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya: Mengapa keadilan kelihatan tanpa kompromi terhadap sesetengah pihak, tetapi begitu lunak terhadap pihak lain yang juga berdepan tuduhan serius dan memiliki kuasa politik," tambah pemimpin dari Pahang yang berani itu.
Menurutnya, ini bukan soal menafikan kesalahan. Sebaliknya, ini adalah soal layanan sama rata, konsistensi moral, dan kepercayaan rakyat.
Beliau memberi amaran keadilan yang dilaksanakan secara terpilih bukan keadilan — ia hanyalah kuasa tanpa integriti moral.
Ti berpendirian undang-undang mesti tegas, tetapi juga adil kepada semua.
Jika tidak, ia akan mengorbankan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, seterusnya kerajaan ini akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment