Nak jadi Perdana Menteri perlu ada kesanggupan untuk masuk penjara selepas tumbang

Kes-kes bekas pemimpin negara dihukum lalu dipenjara bukanlah perkara yang pelik. Ia berlaku di mana-mana di dunia, termasuk Taiwan, Pakistan, Korea Selatan, Thailand dan banyak lagi negara lain. Malaysia boleh dianggap terlambat walaupun bukan corot dalam persaingan liga pemimpin masuk penjara.

Soal bermotif politik bukanlah isu sebenar. Kalau tidak buat salah, bermotif politik mahupun pendakwaan terpilih macam manapun, tiada siapa dapat menyediakan bahan bukti yang kukuh untuk mendakwa seseorang bekas pemimpin itu.

Dihukum penjara boleh dianggap tidak keterlaluan untuk pemimpin rasuah. Di sesetengah negara, ada pemimpin yang dibunuh dengan kejam seperti apa yang berlaku kepada pemimpin Libya, Allahyarham Encik Muammar Gaddafi.

Jangan lupa apa yang terjadi kepada Presiden Iraq, Encik Saddam Hussein yang dihukum gantung sampai mati.

Justeru, kalau setakat masuk penjara bolehlah dianggap bukan luar biasa.

Oleh itu, calon perdana menteri jangan hanya fikirkan kuasa semata-mata. Fikirkanlah juga apa yang anda bakal hadapi selepas tidak lagi berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, tidak gempar lagi, lihat apa yang terjadi di Pakistan.

Merujuk berita siaran Anadolu Ajansi (AA), agensi berita rasmi Malaysia Bernama semalam melaporkan bekas Perdana Menteri Pakistan Encik Imran Khan dan isterinya, Puan Bushra Bibi masing-masing dijatuhi hukuman penjara 17 tahun semalam, Sabtu 20 Disember 2025,  bagi kes hadiah negara, atau lebih dikenali sebagai kes Toshakhana-II.

Keputusan itu diumumkan di dalam Penjara Adiala di bandar garison Rawalpindi, timur laut Pakistan, di mana Imran Khan dan Bushra Bibi sedang menjalani hukuman penjara. 

Hakim Khas Pusat Encik Shahrukh Arjumand menyampaikan keputusan itu bagi kes berkaitan penjualan dan pembelian hadiah asing secara haram pada harga yang terlalu rendah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun kepada Imran Khan dan Bushra Bibi selain mengenakan denda sebanyak 10 juta rupee (kira-kira AS$35,600 atau RM145,141) setiap seorang.

Imran dan Bushra didakwa atas kes itu tahun lepas, namun mereka menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkan kes itu sebagai rekaan serta bermotifkan politik.

Ini merupakan sabitan ketiga Imran dalam kes berkaitan Toshakhana.

Pada Ogos 2023, sebuah mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya, manakala pada Januari 2024, kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara 14 tahun bagi kes Toshakhana-I.

Sejak ditahan di penjara pada Ogos 2023, Imran berdepan puluhan kes merangkumi tuduhan rasuah sehingga keganasan yang kesemuanya disifatkan beliau sebagai "palsu."

Sejak itu, kerajaan telah memfailkan lebih 200 kes terhadap Imran, namun beliau berjaya memperoleh ikat jamin bagi kebanyakan kes terbabit. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim