Mendakwa seteru politik rasuah adalah lebih baik dari tiada tindakan sama sekali


Permadu Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan reset politik yang memaafkan semua perasuah tanpa mengira pemimpin dari mana-mana parti politik. 

Ini memberi gambaran para perasuah di kalangan politikus berada di atas undang-undang, lebih merbahaya, ia mencabar kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana kesalahan itu sangat serius membabitkan pecah amanah dana awam. Jika 34 juta rakyat Malaysia memaafkan perasuah, barulah cadangan ini boleh dipertimbangkan. 

Dana awam ialah wang rakyat. Beberapa orang pemimpin berkuasa tiada hak untuk membuat keputusan sendiri.

Malaysiakini melaporkan seorang pemimpin DAP semalam tampil mengemukakan idea yang sebelum ini dianggap mustahil, iaitu pemberian pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dengan hujah bahawa langkah itu boleh menjadi sebahagian daripada “reset” politik yang lebih besar bagi mengelakkan pendakwaan mahkamah terhadap seteru politik.

Bekas ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, mengimbas kembali bahawa pada Mei 2023, ketika menjadi tetamu podcast Keluar Sekejap, dia pernah menyatakan bahawa pemberian pengampunan penuh kepada Najib merupakan “garisan merah” buat DAP.

“Lebih dua tahun kemudian, khususnya selepas DNAA (pelepasan tanpa pembebasan) terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Septembet 2023, saya kini kurang pasti tentang ‘garisan merah’ itu,” kata Ong dalam hantaran di Facebook semalam.

Dia berkata pandangannya dipengaruhi oleh cadangan “pengampunan besar-besaran” yang dikemukakan oleh pengacara bersama Keluar Sekejap, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam satu episod pada Ogos 2023.

Menurut Ong, cadangan itu bukan sahaja merangkumi pengampunan penuh kepada Najib, “mungkin selepas kes 1MDB yang masih berjalan diselesaikan”, tetapi juga penamatan kes membabitkan Penasihat Kebangsaan DAP Encik Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cadangan sama turut melibatkan pengguguran rayuan kerajaan dalam kes ahli Parlimen Muda Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selain menghentikan “usaha memburu” aset Allahyarham Tun Daim Zainuddin, katanya.

“Ini akan membuka ruang kepada apa yang (Khairy) istilahkan sebagai ‘reset politik’, supaya kita dapat menghentikan amalan memburu seteru politik menggunakan instrumen negara apabila satu pihak berkuasa.

“Dalam pemikiran saya yang naif dan idealistik, saya berharap ini boleh menjadi sebahagian daripada proses kematangan politik yang amat diperlukan negara ini,” tambah Ong.

Mengaitkan dengan semangat Krismas, Ong berkata: “Semoga kita memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi matlamat lebih besar iaitu perdamaian, supaya kita secara perlahan tetapi pasti dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang.”


Pada Ahad lalu, Zahid dilaporkan berkata UMNO berharap Najib, bekas presiden parti itu, akan diberikan pengampunan diraja.

Zahid berkata sebagai sahabat rapat, dia terus berdoa agar Najib diberikan pengampunan pada masa yang sesuai, namun menegaskan keputusan itu sepenuhnya terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani hukuman tahanan rumah, dengan Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa titah tambahan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung perkara itu tidak sah di sisi undang-undang.

Loke memutuskan bahawa perintah tambahan tersebut telah mengabaikan keperluan perlembagaan yang mewajibkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan nasihat Lembaga Pengampunan sebelum memberikan pengampunan.

Tidak perlu simbah minyak ke api’

Mengulas reaksi terhadap keputusan mahkamah itu, Ong berkata tiada sebab untuk “meraikan” atau “menggaram luka” susulan penghakiman berkenaan, sambil mengingatkan bahawa Najib telah menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara sejak 2022.

“Kesihatan (Najib) sering dibangkitkan oleh ahli keluarganya… Bukan mudah bagi mana-mana individu berusia 72 tahun untuk menjalani hukuman penjara, lebih-lebih lagi jika dia bekas perdana menteri dan anggota aristokrasi Malaysia.

“Saya akan berasa terbeban dan sedih jika saya adalah anak atau cucu Najib, memikirkan ayah dan datuk mereka duduk bersendirian di Penjara Kajang ketika kebanyakan orang lain menikmati cuti hujung tahun dan meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Ong.

Tanpa menamakan pihak tertentu, Ong menegaskan negara sudah “cukup berpecah” akibat politik perkauman dan keagamaan, selain perbezaan pandangan terhadap rombakan kabinet terbaharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tidak perlu simbah lagi ‘minyak ke api’ dengan membuat kenyataan yang berpotensi membakar sentimen dalam kalangan pelbagai komuniti,” katanya, sambil memberi amaran bahawa kenyataan sedemikian kelihatan “tidak sensitif” dan mengabaikan perasaan masyarakat Melayu.

Sebahagian orang Melayu, kata Ong, mungkin tidak menyokong tindakan Najib, tetapi tidak mahu melihat seorang bekas perdana menteri “diaibkan”.

“Mereka juga pasti tidak mahu melihat pemimpin parti yang kebanyakannya tidak mereka gemari ‘meraikan’ keputusan mahkamah secara terbuka di media sosial,” katanya.

Tindakan “meraikan” itu, tambah Ong, bukan sahaja melemahkan keupayaan kerajaan perpaduan untuk berfungsi dengan berkesan sepanjang baki dua tahun pentadbiran, malah menjejaskan peluang perjanjian pilihan raya antara Pakatan Harapan dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Siapa tahu, ini mungkin antara tindakan yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional menjelang pilihan raya, sekali gus merugikan Harapan dan penyokongnya,” kata Ong.

Reaksi balas kawan dan lawan

Ketegangan sebelum ini tercetus susulan kenyataan ringkas rakan separti Ong, Puan Yeo Bee Yin, yang memuji keputusan mahkamah menolak permohonan Najib untuk tahanan rumah.

Susulan kenyataan itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar parti nasionalis Melayu itu menilai semula hubungannya dengan rakan-rakan dalam kerajaan.

Zahid, yang juga pengerusi BN, turut memuat naik mesej ringkas dan berlapik di media sosial: “Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak.”

Kenyataan Yeo juga menerima kritikan daripada beberapa pihak dalam PKR, termasuk Adun Lembah Jaya Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet, yang menyifatkannya sebagai “tidak beradab dan tidak wajar”.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Encik Tony Pua menegaskan bahawa dia dan partinya berbangga dengan peranan penting DAP dalam kejatuhan serta pemenjaraan berterusan Najib yang disifatkannya sebagai kleptokrat.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak