MB Perlis dikejarkan ke hospital
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Menteri Besar Perlis, Encik Shukri Ramli dari PAS sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas mengalami sakit dada ketika pulang dari lawatan ke luar negara.
Sebelum itu, FMT melaporkan wujud spekulasi lapan wakil rakyat di Perlis telah menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar.
Sumber Perikatan Nasional (PN) memberitahu portal itu bahawa mereka telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Jumaat lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri.
Menurut sumber itu, lima daripada mereka adalah wakil rakyat Bersatu iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).
“Selain itu, tiga wakil rakyat PAS daripada kerusi Chuping, Bintong, dan Guar Sanji juga dikatakan menarik sokongan terhadap Shukri,” tambah sumber tersebut.
Ketiga-tiga kerusi itu disandang Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji).
Gan Ay Ling, satu-satunya wakil PKR di DUN Perlis, turut dipercayai menyerahkan deklarasi bertulis kepada Raja Perlis.
Sejak pilihan raya negeri 2022, PN menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis. Tanpa sokongan lapan wakil rakyat itu, Shukri bakal kehilangan majoriti mudah untuk terus menjadi Menteri Besar.
Sumber itu mendakwa Bersatu berada di sebalik tindakan itu untuk menguasai negeri dan melantik Menteri Besar dari wakilnya.
Sumber turut memaklumkan Shukri yang juga Adun Sanglang telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagi membincangkan dakwaan plot untuk menyingkirkannya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment