Mahkamah Tinggi mendapati 4 surat bukti derma Raja Arab Saudi palsu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Jumaat 26 Disember 2025,, memberitahu bahawa, empat surat yang didakwa sebagai bukti derma daripada pemerintah Arab Saudi, semasa perbicaraan empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, sebagai dipalsukan.

Menurut akhbar Sinar HarianHakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman di Putrajaya, berkata salinan asal surat berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah.

Menurutnya, tiada pengesahan dibuat barisan pembelaan yang mewakili Najib, 72, bagi memastikan dana itu dibuat pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah.

“Surat itu dipalsukan kerana ada keterangan menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.

“Ada pengesanan dana tersebut menunjukkan ia disalurkan melalui syarikat swasta pihak ketiga Vista Equity, Blackstone dan Tanore, entiti yang dimiliki ahli kewangan buruan Eric Tan,” kata Collin.

Collin berkata, menjadi suatu yang luar biasa apabila tiada surat balasan dihantar kepada keluarga diraja itu, sebagai salah satu tanda berterima kasih di atas sumbangan yang diperoleh.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu berkata mahkamah mendapati dana tersebut boleh dianggap sangat mencurigakan.

Selepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan 25 kes penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari.

Collin menghentikan sementara prosiding, bagi memberi ruang kepada solat Jumaat dan prosiding dijangka bersambung jam 3 petang.

“Saya masih memerlukan masa selama satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan,” katanya.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Encik Mohamad Mustaffa, Encik P Kunyalam, Puan Deepa Nair Thevaharan, Puan Nadia Mohd Izhar, Puan Najwa Bistamam, Puan Hazmida Harris Lee dan Puan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.

Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Encik Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Encik Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Encik Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Puan Effa Azuin.

Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim