Hantaran Bodoh dan Bangang Yeo Bee Yin dari segi Politik


BODOH & BANGANG

CONTOHI PUTERI JELITA DARI KULAI YANG SANGAT BERHATI-HATI DALAM MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN 


DAP BOLEH REBAH OLEH KEBODOHAN DAN KEBANGANGAN SENDIRI SEPERTI INI

Berdasarkan pandangan seorang pemimpin DAP yang tenang, matang dan sejahtera dari parti DAP, akhbar Berita Harian semalam merumuskan kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Puan Yeo Bee Yin dalam media sosialnya, Facebook, sehingga mencetuskan perbalahan sesama parti gabungan boleh menjejaskan keupayaan Kerajaan MADANI untuk berfungsi dengan berkesan sepanjang berbaki dua tahun pemerintahan.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata tindakan sedemikian juga boleh mengancam kerjasama yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum dan selepas pilihan raya umum akan datang.

"Siapa tahu, ini mungkin antara tindakan yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang, yang akhirnya merugikan PH dan penyokongnya.

"Dalam semangat Krismas, semoga kita dapat memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi matlamat yang lebih besar iaitu perdamaian.

"Langkah ini supaya kita dapat secara perlahan memastikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang selepas kita," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam, Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Kenyataan Bee Yin itu membuatkan beberapa pemimpin BN terutama UMNO tidak berpuas hati dengan tindakan itu sehingga mencetuskan ugutan mahu memperhalusi semula kerjasama dengan parti membentuk Kerajaan Perpaduan.

Renteten polemik yang timbul, Kian Ming berkata, tidak perlu lagi mencurahkan minyak ke arah api yang sedang marak dengan membuat kenyataan yang mungkin boleh memburukkan lagi sentimen, terutama membabitkan pelbagai komuniti.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian bukan saja kelihatan tidak peka tetapi juga boleh diibaratkan sebagai mengabaikan perasaan ramai komuniti Melayu yang mungkin tidak semestinya menyokong tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, mungkin ada pihak bukan dalam kalangan penyokong Najib tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri diaibkan sebegitu rupa.

"Sudah tentu (mereka) tidak mahu melihat pemimpin politik daripada sebuah parti yang kebanyakan mereka tidak sukai, 'meraikan' keputusan mahkamah itu secara terbuka di media sosial," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak