Gobind Singh Deo, Ayob Khan — dua tokoh paling sesuai urus kes hilang Pastor Koh, Amri Che Mat


Setelah sekian lama nampak macam susah sangat hendak menyelesaikan isu kehilangan ini. Sampai task force ditubuhkan, namun kelihatan misteri tidak terjawab.

Kita mahu result yang pasti, bukan cerita berbentuk teka-teki yang berbelit-belit. 

Kita tahu PDRM adalah organisasi yang cekap dan antara yang terbaik di dunia. Malangnya, bagi kes kehilangan ini, Polis Diraja Malaysia kelihatan sangat lemah. Sukar untuk dipercayai.

Sudah sampai tahap rakyat merasa diperbodohkan sangat-sangat.


Gobind Singh Deo adalah antara pemimpin berintegriti yang banyak memendam rasa sejak berada dalam kerajaan. Kini beliau mula bangkit. Bangkitlah dengan berani sebelum semuanya rebah, termasuk kamu sekali.

Rakyat tidak bodoh untuk terus menelan kekarutan yang nyata.


Walaupun beliau bukan orang nombor satu dalam organisasi kepolisan, kebanyakan rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada Ayob Khan.

Portal berita popular dan lantang di Malaysia semalam melaporkan Pengerusi Kebangsaan DAP Encik Gobind Singh Deo bersetuju untuk bertemu isteri Pastor Raymond Koh, Puan Susanna Liew, susulan rayuan wanita itu untuk mendapatkan sokongannya.

Liew sebelum ini memohon sokongan menteri digital itu pada 1 Disember, berikutan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati kerajaan serta polis bertanggungjawab atas kehilangan Koh.

Apabila dihubungi portal itu, pejabat Gobind memaklumkan mereka sedang mengatur pertemuan bersama Liew dan peguamnya pada “awal minggu depan”.

Terdahulu semalam, portal berkenaan, Malaysiakini melaporkan Liew menghantar surat kepada Gobind bagi memohon pertemuan untuk berkongsi maklumat yang boleh membantunya membangkitkan isu berkenaan di Parlimen atau dalam wacana awam.

“Saya mengadu kepada anda kerana anda ialah suara yang memperjuangkan ketelusan dan maruah manusia, seperti mendiang ayah anda, yang kami sangat hargai.

“Saya membaca bagaimana anda bersuara bukan sahaja untuk kes, tetapi untuk prinsip dan saya benar-benar percaya suara anda penting saat ini,” kata Liew dalam surat kepada Gobind.

Koh diculik

Pada 2017, Koh diculik secara terang-terangan di Jalan SS4B/10 di Petaling Jaya ketika memandu ke rumah rakannya. Rakaman CCTV yang dipercayai merakam kejadian itu menunjukkan sekurang-kurangnya 15 lelaki dan tiga SUV hitam terlibat dalam operasi tersebut.

Setahun sebelum itu, aktivis sosial Amri Che Mat — didakwa penganut Syiah dan penyebar fahaman tersebut — hilang pada 24 Nov 2016 di Kangar, Perlis. Isterinya memberi keterangan bahawa pada 12 Mei 2018, seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Perlis, Shamzaini Daud, memberitahu bahawa bahagian itu bertanggungjawab menculik Amri.

Dalam keputusannya pada 5 November, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Su Tiang Joo mengekalkan dapatan siasatan Suhakam 2019 yang menyimpulkan bahawa Koh dan Amri mangsa kehilangan paksa yang dilakukan anggota Cawangan Khas Bukit Aman.

Peguam Negara Datuk Dusuki Mokhtar kemudian mengesahkan AGC akan memfailkan rayuan, menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu “tidak berasaskan prinsip kehakiman yang ditetapkan” kerana hakim didakwa “tersilap dalam dapatan fakta dan undang-undang”.

Mahu ‘jelaskan keadaan’

Ketika ditemui di satu forum anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur semalam, Liew berkata dia menaruh harapan agar dapat bertemu Gobind kerana ahli parlimen itu dikenali sebagai pembela hak asasi yang lantang terhadap pelanggaran kebebasan individu.

Dia juga memberitahu portal lantang itu bahawa meskipun sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bulan lalu, dia masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Keluarga kami kecewa kerana dia (Saifuddin) tidak tampil dan tidak mahu mendengar suara kami. dia telah mendengar sisi pandangan AGC, tetapi dia juga perlu menyokong kami.

“Kami juga ada beberapa soalan kepadanya, terutama mengenai penyiasatan semula (kes kehilangan Koh dan Amri), seperti siapa penolong pesuruhjaya yang mengetuai siasatan dan siapa lagi anggota pasukan itu,” katanya.

Atas sebab itu, katanya, pertemuan dengan Saifuddin membantu “menjelaskan keadaan”.

Ayob Khan ketuai siasatan

Dalam surat bertarikh 12 November kepada Saifuddin, Liew berterima kasih kepada menteri itu kerana mengesahkan polis akan mematuhi perintah Mahkamah Tinggi untuk membuka semula siasatan dan mendedahkan keberadaan Koh.

Namun, dia menegaskan bahawa meminta polis “menyiasat diri sendiri” hanya munasabah jika ia dilakukan oleh individu berintegriti tinggi yang akan menegakkan kebenaran tanpa mengira siapa yang disiasat.

Liew turut mencadangkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai pilihan keluarga untuk mengetuai siasatan.

“(Ayob) dikenali orang ramai sebagai seorang yang berintegriti dan jujur, serta kami yakin dia tidak akan gentar untuk melakukan apa yang betul meskipun melibatkan pegawai kanan polis dalam penculikan itu.

“Pelantikan (Ayob), yang terkenal dengan pengalaman siasatan luas dan pendiriannya yang tegas terhadap disiplin dan integriti dalam pasukan, akan memberi isyarat jelas bahawa siasatan dilakukan secara serius, bebas, menyeluruh dan berwibawa,” katanya.

Dalam surat susulan bertarikh 28 November, selepas menerima “tiada makluman atau maklum balas” daripada Saifuddin atau pejabatnya, Liew mengulangi kebimbangan bahawa jika struktur penyiasatan tidak berubah, ia berisiko menjadi “sekadar latihan tandakan kotak dengan keputusan telah ditetapkan”.

“YB, saya dan keluarga sudah menanggung hampir sembilan tahun kesakitan, kesunyian dan ketidakpastian sejak 13 Februari 2017.

“Kami tidak mencari konflik. Kami mencari jawapan. Kami mencari keadilan dan hak asasi untuk mengetahui kebenaran, supaya tiada keluarga lain melalui apa yang sudah kami alami,” katanya.

Amat menyeksakan’

Bercakap pada forum bertajuk “Justice for the Disappeared” itu, Liew berkata dia dan keluarganya masih mengalami simptom gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).

“Sesi soal siasat yang kuat dan kerap selepas (penculikan Koh) membuatkan saya rasa seperti penjenayah, bukan mangsa. Saya tidak layak diperlakukan begitu,” katanya dengan nada sebak.

“Anak perempuan saya mengalami depresi dan serangan panik, tanda bagaimana dia masih terjejas secara fizikal akibat kejadian itu. Kami berdua menjalani sesi kaunseling untuk menangani tekanan emosi dan mental akibat penculikan serta cara polis mengendalikan kes.”

Katanya selagi keberadaan Koh tidak diketahui, mereka tidak dapat mencapai penyudah (closure), menyifatkan keadaan itu sebagai “sangat menyeksakan”.

“(Jika seseorang meninggal), anda boleh ucap selamat tinggal dan adakan pengebumian, tetapi bagi kami, sukar untuk berkabung — kami tidak tahu sama ada (Koh) hidup atau mati.

“Di mana pun dia, saya tahu dia bersama Tuhan. Kami akan bertemu suatu hari nanti di syurga, di mana tiada lagi air mata, penderitaan atau kesakitan,” katanya.

Turut meluahkan perkara sama, isteri Amri, Puan Norhayati Ariffin memberitahu hadirin bagaimana dia dan suaminya berkahwin pada 1997 dan kini memiliki empat anak perempuan — seorang sudah berkeluarga manakala seorang lagi akan tampat pengajian tinggi semalam.

Dia berkata meskipun Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa suaminya ialah mangsa kehilangan paksa, kerajaan masih “membisu” mengenai beberapa persoalan penting termasuk lokasi Amri dan siapa yang menyebabkan kehilangannya.

“Sampai bila mereka yang bertanggungjawab akan bebas tanpa keadilan?

“Kenapa mereka (Koh dan Amri) diculik begitu? Adakah mereka masih hidup? Di mana mereka?” soalnya.

“Siapa dalam polis dan kerajaan yang membantu atau menutup mata dan membenarkan jenayah ini berlaku? Bila mereka akan didakwa?

“Apa tindakan disiplin terhadap pegawai polis yang terlibat? Siapa cuai dalam menyiasat kes Amri dan Koh,” soalnya.

Dia menegaskan bahawa sehingga kerajaan menjawab persoalan-persoalan ini, dia dan keluarga Koh akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan, Malaysiakini memetik kata-kata Norhayati.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim