Apandi menulis bukan kerana nama
Bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali, yang membersihkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB pada 2016, memberi maklum balas berkonsepkan ekspresi seorang sasterawan kepada keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Ketika dihubungi portal berita lantang yang terkenal, mengenai keputusan mahkamah yang mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas semua 25 pertuduhan berkaitan rasuah, Apandi berkata:
Serta-merta cakap orang putih
"Sometimes one has to pay for lapse of intelligence."
(Kadangkala seseorang terpaksa menanggung akibat kerana kealpaan)
Apandi bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksud sebenar kata-katanya itu yang mungkin hanya difahami oleh dirinya sendiri.
Semalam, hakim yang mempengerusikan kes 1MDB, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menyampaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mendapati Najib bersalah atas semua empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.
Bekas presiden UMNO itu dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan diperintahkan membayar denda keseluruhan RM11.38 bilion atas empat kesalahan penyalahgunaan kuasa.
Pada kemuncak siasatan pihak berkuasa terhadap skandal 1MDB dan SRC International pada 2015, Najib telah menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Gani kemudiannya digantikan oleh Apandi, yang kemudiannya mengadakan sidang media pada 26 Januari 2016 membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Menurut Apandi, tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
"Berdasarkan fakta dan bukti pada masa itu, saya berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh PM," kata Apandi ketika itu berhubung tiga kertas siasatan tersebut.
Apandi ketika itu juga memaklumkan beliau akan mengembalikan kertas siasatan yang berkaitan kepada SPRM dengan arahan untuk menutup tiga kertas siasatan tersebut, kata Malaysiakini yang menyorot bermulanya kontroversi skandal 1MDB.
Ketika itu, ramai menyaksikan tindakan terhadap Najib diinisiatif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sokongan beberapa individu, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Najib, telah memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk naik pangkat sebagai pengganti.

End©Permadu
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang
Penolong Pengarang Nazura Othman |
|
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta TerpeliharaE-mel: permadu@gmail.com
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment