Anwar lantik anak Speaker Johari Abdul jadi menteri

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, antara wajah baharu politik nasional mewakili generasi muda di Dewan Rakyat, dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Pelantikan Dr Mohammed Taufiq itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan Madani, bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.

Rombakan Kabinet ini merupakan kali yang kedua di bawah pentadbiran Anwar, selepas rombakan pertama dibuat pada 12 Dis 2023. Kerajaan Madani dibentuk pada Disember 2022.

Dr Mohammed Taufiq, 29, ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022.

Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak keenam daripada lapan adik- beradik.

Bapa beliau ialah Tan Sri Johari Abdul, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dari 2008 hingga 2022 dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung, Indonesia, Dr Mohammed Taufiq pernah berkhidmat dalam latihan perubatan di beberapa hospital di negara itu sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam dunia politik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berjaya memperoleh 50,580 undi menewaskan pesaing terdekat dan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Robert Ling Kui Ee yang mendapat 49,465 undi.

Dr Mohammed Taufiq merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Ketua Cabang Sungai Petani dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids