Nak jadi Perdana Menteri perlu ada kesanggupan untuk masuk penjara selepas tumbang
Kes-kes bekas pemimpin negara dihukum lalu dipenjara bukanlah perkara yang pelik. Ia berlaku di mana-mana di dunia, termasuk Taiwan, Pakistan, Korea Selatan, Thailand dan banyak lagi negara lain. Malaysia boleh dianggap terlambat walaupun bukan corot dalam persaingan liga pemimpin masuk penjara. Soal bermotif politik bukanlah isu sebenar. Kalau tidak buat salah, bermotif politik mahupun pendakwaan terpilih macam manapun, tiada siapa dapat menyediakan bahan bukti yang kukuh untuk mendakwa seseorang bekas pemimpin itu. Dihukum penjara boleh dianggap tidak keterlaluan untuk pemimpin rasuah. Di sesetengah negara, ada pemimpin yang dibunuh dengan kejam seperti apa yang berlaku kepada pemimpin Libya, Allahyarham Encik Muammar Gaddafi. Jangan lupa apa yang terjadi kepada Presiden Iraq, Encik Saddam Hussein yang dihukum gantung sampai mati. Justeru, kalau setakat masuk penjara bolehlah dianggap bukan luar biasa. Oleh itu, calon perdana menteri jangan hanya fikirkan kuasa semata-mata. Fikirkanl...