Bekas ADUN selama 28 tahun cerai isteri talak tiga
![]() |
| Datuk Nozula Mat Diah ketika masih sihat bersama Datin Mastura Osman. Gambar Sinar Harian |
Tokoh politik yang sudah bersara itu telah membuat keputusan peribadi yang agak menggemparkan
![]() |
| Nozula hadir dengan berkerusi roda di Mahkamah Rendah Syariah, Gua Musang hari ini, Selasa 25 November 2025. Gambar Sinar Harian |
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 68, dilapor akhbar Sinar Harian, sah bercerai talak tiga dengan isterinya, Datin Mastura Osman, 53, hari ini, Selasa 25 November 2025.
Pengesahan lafaz cerai itu disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di Gua Musang, Kelantan, selepas Nozula menfailkan kes tersebut.
Sebelum itu lafaz cerai ke atas Mastura dilakukan melalui panggilan telefon pada 27 Oktober lalu.
Hakim Syarie, Encik Wan Mohd Ramdhan Wan Hassan mensabitkan berlaku penceraian talak tiga apabila keputusan itu dibuat selepas mahkamah telah meneliti permohonan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak.
Peguam Nozula, Encik Abdul Naim Mokhtar berkata, mahkamah meluluskan tuntutan pengesahan cerai selepas mendapati lafaz talak yang dibuat melalui telefon pada 27 Oktober adalah sah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
“Mahkamah berpuas hati terhadap isu lafaz cerai yang telah berlaku dan mensabitkan jatuh talak tiga selepas mendengar perbicaraan dan hujahan secara lisan daripada kedua-dua pihak.
“Pendaftaran perceraian di luar mahkamah mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002. Faktor penceraian lebih kepada tiada persefahaman antara Nozula selaku plaintif dan defendan, Mastura,” katanya.
Terdahulu, Nozula hadir dengan berkerusi roda ditemani anak dan peguam manakala Mastura juga ditemani ahli keluarga.
Berdasarkan rekod, Nozula berkahwin dengan Puan Maziah Din sebelum mendirikan rumah tangga dengan Mastura pada 8 November 2014.
Maziah meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas terlibat kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland dekat Ipoh, Perak pada 17 April 2014.
Nozula merupakan ADUN Paloh daripada Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun sejak 1990 hingga 2018.
Menurut Sinar Harian, nama beliau digugurkan daripada bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebabkan masalah kesihatan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment