Tak perlu berjaga malam tunggu keputusan FIFA

"Buat apa nak tunggu...kan Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) sendiri dah mengaku sebelum ini yang hukuman FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) takkan berubah".

Terimalah keputusan FIFA dengan sikap terbuka

Demikian Harian Metro semalam memetik komen legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail (gambar atas) yang hairan segelintir peminat sampai berjaga malam untuk menantikan keputusan rayuan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada FIFA berhubung isu tujuh pemain Harimau Malaya yang digantung sebelum ini.

Jelas Jamal, apa yang sudah diterangkan oleh Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim pada sidang media khas sudah 'terang lagi bersuluh' mengenai peluang FAM dalam mencabar keputusan FIFA.

"Apa yang susah sangat, Tunku Mahkota Ismail pun dah mengaku bukan boleh ubah pun keputusan FIFA. Baginda hanya cakap, keputusan kemungkinan kekal dan mungkin hukuman boleh diringankan sedikit.

"Jadi bagi saya, tak perlu sampai nak berjaga malam seolah-olah harapkan keputusan lain pula yang keluar. Kita kena terima dan bersikap terbuka menerima hukuman berkenaan.

"Jika rayuan kita kalah, FAM boleh bawa ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) pula. Apa yang penting, peminat kena bersiap sedia dan terima," katanya yang memberitahu sendiri kepada akhbar berkenaan setelah dihubungi.  

Menerusi laporan Arena Metro kelmarin, rata-rata penyokong bola sepak tempatan kecewa apabila FIFA masih belum mengeluarkan keputusan rayuan di mana ada yang sanggup berjaga sehingga awal pagi menantikan keputusan itu sejak Khamis lalu.

ADVERTISEMENT

Ternyata, penantian itu boleh disifatkan sia-sia kerana keputusan berkenaan dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua minggu sebaik proses perbicaraan rayuan itu selesai di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Malah, dalam apa-apa dokumentasi yang dikeluarkan oleh FIFA khususnya dalam 'Motivated Decision' setebal 26 muka surat tidak dinyatakan secara tepat tempoh garis masa hasil rayuan yang akan diperolehi.

Sebaliknya, segala kekeliruan ini bermula daripada peguam sukan antarabangsa yang mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Serge Vittoz pada sidang media 17 Oktober lalu yang akui keputusan rayuan akan dapat diketahui pada 30 Oktober iaitu Khamis lalu.

Terdahulu, pada satu sidang media khas, Tunku Mahkota Ismail berpandangan bahawa FIFA berkemungkinan besar tidak akan mengubah keputusan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas FAM serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Baginda berpendapat, keputusan terbabit mungkin hanya diringankan, namun tidak dibatalkan sepenuhnya di atas isu pemalsuan dokumen tujuh pemain berkenaan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim