Portal lantang tanya, Ahli Parlimen PKR lantang jawab

 

Ahli Parlimen PKR yang lantang Encik Hassan Abdul Karim menjawab bersahaja soalan yang dikemukakan oleh portal berita lantang Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang yang akan bersara itu menggesa SPRM menyiasat rakaman video yang didedahkan ahli perniagaan Encik Albert Tei yang mengaitkan ketua pesuruhjayanya sendiri Tan Sri Azam Baki, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politik kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli politik veteran lantang itu bagaimanapun berkata di sisi undang-undang pada ketika ini masih dianggap sebagai khabar angin. 

“Bagaimanapun, SPRM mesti menyiasat video tersebut. Jika ia tulen, maka Azam Baki mesti disiasat. 

“Untuk mengelakkan persepsi konflik kepentingan, maka Azam Baki mesti menarik diri daripada sebarang peranan dalam siasatan,” kata tokoh berpengaruh yang pernah menewaskan pemimpin UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hingga memaksa Menteri Pertahanan itu lari ke Kota Tinggi.

Hassan berkata demikian ketika menjawab soalan portal paling berani Malaysiakini sama ada Azam patut disiasat atas dakwaan ditimbulkan dan sama ada Shamsul patut digantung oleh PKR.

Semalam, tular video seorang wanita—dengan wajah dikaburkan—mendakwa Shamsul bertemu dengan Azam untuk menyelesaikan kes melibatkan Tei.

Dalam perbualan sama, apabila Tei bertanya jika Shamsul memberitahu Azam bahawa rakaman berkaitan skandal Sabah itu “arahan PMX” (Anwar), wanita itu menjawab: “Azam tahu”.

Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong (gambar paling atas) itu kemudian muncul dalam video lain yang menafikannya sebagai proksi Shamsul Iskandar, selain tidak pernah berjumpa dan/atau berbincang dengan Anwar berhubung dakwaan Tei.

SPRM berkata akan memanggil kedua-dua Shamsul dan Tei untuk siasatan lanjut berhubung "tohmahan" rasuah itu.

Sementara itu, Hassan juga berkata jika video itu benar dan tulen, bukan sahaja Azam perlu disiasat tetapi juga Anwar. 

“Tiada kekebalan tersedia untuk mana-mana perdana menteri daripada siasatan yang melibatkan sebarang bentuk kesalahan jenayah terutamanya rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.

"Lembaga Disiplin kena panggil Shamsul"

Sementara itu, dalam kes Shamsul pula, Hassan berkata Lembaga Disiplin PKR mempunyai tanggungjawab memanggil bekas pegawai kanan itu bagi menjawab pertuduhan mencemarkan imej parti. 

“Sehubungan itu, keadilan semula jadi mesti diberikan kepada Shamsul untuk membela diri. Ruang secukupnya mesti diberikan kepada Shamsul untuk menjelaskan,” katanya.

Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, semalam mendakwa memberikan RM629,000 kepada Shamsul selepas diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Menurut Tei, dia telah menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit, untuk menguatkan dakwaannya.

Shamsul meletakkan jawatan tidak lama selepas portal lantang meminta komennya berkaitan dakwaan itu tetapi mendakwa terdapat percubaan menyerangnya untuk merosakkan imej kerajaan.


AAA 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise