Sepasang doktor Melayu Islam sedang bercinta mengaku insaf — akan berkahwin dalam tempoh terdekat
![]() |
| Gambar hiasan oleh Berita Harian yang dijana AI |
Selain merawat, doktor juga ingin dirawat
Merawat dan dirawat
Akhbar Bahasa Melayu di Malaysia, Berita Harian melaporkan hari ini, sepasang kekasih berjawatan doktor masing-masing didenda RM2,600 dan RM1,800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, di Melaka, Julai lalu.
Hakim Kanan Syarie, Encik Abu Bakar Mohd Daud, menjatuhkan hukuman terhadap Dr Xxxxx Xxxxx Xxxxx Xxxxxx (lelaki) dan Dr Yyy Yyyyyy Yyyyyy Yyyyy (perempuan), masing-masing berusia 26 tahun selepas meneliti fakta kes, rayuan tertuduh serta hujah pihak pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh yang masing-masing bertugas di Hospital Melaka dan sebuah klinik di Sarawak, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Dr Xxxxx Xxxxx didapati berkurung dalam keadaan mencurigakan bersama Dr Yyy Yyyyyy Yyyyyy yang bukan isteri atau mahramnya di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok, jam 3.37 petang pada 29 Julai lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, manakala Dr Yyy Yyyyyy Yyyyyy dituduh mengikut Seksyen 53(2) enakmen sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Encik Radzwan Abdullah, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, Dr Xxxxx Xxxxx memohon hukuman ringan atas alasan tekanan dihadapinya menyebabkan dia insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.
Selain itu, beliau mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, malah kes itu juga memberi kesan besar terhadap kerjayanya selaku penjawat awam.
Sementara itu, Dr Yyy Yyyyyy Yyyyyy yang masih berstatus anak dara turut merayu hukuman ringan kerana menyesal, insaf dan menghadapi tekanan emosi atas kesalahan pertama dilakukan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment