Pembaharuan Mat Sabu

Bawa pulang sampah masing-masing

Semua pengunjung Taman Laut Malaysia diwajibkan membawa pulang sampah masing-masing ke darat bermula 1 Januari depan dalam usaha mengurangkan pencemaran marin, khususnya sisa plastik yang dikenal pasti sebagai ancaman terbesar kepada ekosistem laut.

Menurut laporan Bernama, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut yang bersidang kelmarin.

"Ketetapan ini turut disokong wakil kerajaan negeri Kedah, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam pemuliharaan marin.

"Ketetapan baharu ini menegaskan komitmen negara dalam memastikan kawasan perlindungan marin kekal bersih, sihat dan lestari," kata kementerian di bawah pimpinan menteri Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan itu.

KPKM memaklumkan pencemaran plastik telah menyebabkan kerosakan terumbu karang, kematian hidupan marin serta peningkatan mikroplastik yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan manusia dan keterjaminan makanan negara.

"Pengusaha bot, pusat selaman, pemandu pelancong, komuniti setempat dan industri pelancongan diseru untuk bersama-sama menjayakan kempen 'Bawa Pulang Sampah Anda'," menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan kerjasama semua pihak amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman pencemaran plastik serta kepentingan memelihara sumber makanan negara.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak dalam kenyataan yang sama berkata, keputusan mewajibkan semua pengunjung Taman Laut Malaysia membawa pulang sampah masing-masing ke darat, menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam melindungi biodiversiti marin negara.

"Pencemaran plastik bukan sahaja mengancam hidupan laut, malah memberi kesan langsung kepada rantaian makanan dan kesejahteraan rakyat.

"Dengan sokongan semua pihak, usaha pemeliharaan dapat diperkukuh bagi memastikan Taman Laut Malaysia kekal terpelihara untuk generasi akan datang," katanya.

Sementara itu, KPKM memaklumkan, mesyuarat turut membentangkan inisiatif strategik berasaskan sains, iaitu Pemetaan Kawasan Penting Pesisir dan Marin Malaysia, yang bertujuan mengenal pasti serta memelihara kawasan sensitif seperti tapak pembiakan kritikal dan habitat terumbu karang yang terancam untuk pelaksanaan tindakan perlindungan yang lebih bersasar.

"KPKM menggalakkan kerajaan negeri memberikan penekanan khusus terhadap aspek konservasi marin dalam mempertimbangkan agihan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) yang diterima melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

"Peruntukan berkenaan wajar disalurkan secara fokus kepada inisiatif pemuliharaan berimpak tinggi yang menyokong pelaksanaan Kawasan Perlindungan Marin (MPA) di peringkat negeri," menurut kenyataan itu lagi.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Dimuat naik oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise