Mahkamah perintah kerajaan bayar RM10,000 sehari dengan jumlah terkumpul RM31 juta kepada mangsa hilang dan isteri

Hakim Datuk Su Tiang Joo

Dalam satu perkembangan yang agak menggemparkan, media melaporkan semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan membayar RM10,000 sehari kepada Encik Raymond Koh dan isterinya, Puan Susanna Liew, bermula 13 Februari 2017–hari pastor itu hilang–sehingga dia ditemui.

Encik Raymond Koh

Seperti dipetik lapor portal berita Malaysiakini, Hakim Datuk Su Tiang Joo menyampaikan keputusannya semalam, menyatakan beliau tidak "mereka-reka jumlah itu" dan mengaitkan angka itu dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kes penahanan salah.

Puan Susanna Liew

Su seterusnya menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM4 juta dan kos RM250,000.

Beliau juga memerintah polis membuka semula siasatan kes dan melaporkan kemajuannya kepada Peguam Negara setiap dua bulan.

Dalam keputusannya, beliau mendapati tindakan utama penculikan Koh menunjukkan penglibatan negara, dan bahawa keadaan di sebalik penculikan itu, serta penyembunyian maklumat dan persamaan dengan kehilangan Encik Amri Che Mat, secara kumulatif menyokong kes plaintif.

“Kedudukan defendan yang mendakwa mereka tidak mengetahui pelaku sebenar adalah sukar diterima, terutamanya memandangkan mereka mempunyai kawalan terhadap sumber penyiasatan yang berkaitan.

“Kehilangan paksa Pastor Koh secara keseluruhannya merupakan satu bentuk penindasan pada tahap paling serius, dan oleh itu mahkamah berpuas hati bahawa plaintif telah membuktikan bahawa defendan telah menggunakan kuasa awam dengan niat jahat.

“Berdasarkan semua bukti, jelas bahawa penculikan itu melibatkan pihak berkaitan dengan negara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau dengan pengetahuan, persetujuan, atau sokongan daripada mereka dalam struktur polis. Ketidakupayaan defendan untuk memberikan penjelasan alternatif yang kredibel mengukuhkan lagi kesimpulan ini,” katanya seperti dipetik portal berkenaan.

Su turut mendapati bahawa defendan gagal memberikan perkembangan maklumat yang konsisten dan bermakna kepada keluarga, walaupun mereka mempunyai akses kepada maklumat berkaitan.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa satu atau lebih defendan telah bertindak secara bersama atau sebaliknya, secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab terhadap penculikan tersebut,” katanya.

Hakim itu menambah bahawa pegawai polis diberikan kuasa untuk menggunakan paksaan, dan orang awam perlu diyakinkan bahawa jika kuasa tersebut disalah guna, ia akan diperbetulkan.

“Selepas meneliti dokumen, bukti yang dikemukakan, serta hujah peguam, mahkamah mendapati bahawa plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka mengikut tahap bukti yang diperlukan.

“Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara ialah penjaga kepentingan awam. Mahkamah ini mengarahkan Peguam Negara untuk meneliti dengan sangat berhati-hati asas pemilihan anggota pasukan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang akan menyemak perkembangan siasatan kes tersebut.

“Bagi mengelakkan sebarang persepsi konflik kepentingan, pasukan AGC ini tidak seharusnya melantik mana-mana anggota pasukan terdahulu, termasuk penasihat kanan persekutuan dan penasihat persekutuan yang terlibat dalam prosiding ini,”ujarnya dengan tegas.

Jumlah terkumpul RM31 juta

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan pampasan berasingan dibayar kepada isteri Koh, Susanna Liew, yang merupakan plaintif kedua dalam saman tersebut, iaitu RM2 juta bagi ganti rugi am dan teruk atas tekanan emosi, serta RM1 juta lagi sebagai ganti rugi teladan.

Secara keseluruhan, pasangan itu dianugerahkan RM5 juta, selain ganti rugi am RM10,000 sehari yang telah diperintahkan sebelum ini, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini mencecah RM31.87 juta.

“Bagi pihak P1 dan P2 (Koh dan Liew), mahkamah memerintahkan penyingkiran dua pegawai Cawangan Khas daripada sebarang pasukan yang menyiasat kehilangan Koh.

“Ketua Polis Negara (KPN) dan polis diarahkan untuk menyambung semula siasatan selaras dengan dapatan dan cadangan mahkamah, serta melaporkan perkembangan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara setiap dua bulan dari tarikh penghakiman, sehingga lokasi P1 didedahkan,” kata Hakim.

Mahkamah turut membenarkan kadar faedah lima peratus setahun seperti dituntut oleh plaintif, serta kos berjumlah RM250,000.

Plaintif diwakili oleh peguam Encik Gurdial Singh Nijar, Encik Jerald Gomez, Puan Michelle Wong, Encik Abraham Au, Encik Steven Thiruneelakandan dan Encik Ananthan Moorthi.

Saman Liew berhubung penculikan suaminya

Koh, 62, diculik oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya, ketika dalam perjalanan ke rumah rakan. Rakaman CCTV dipercayai merakam insiden itu menunjukkan sekurang-kurangnya 15 lelaki menaiki tiga SUV hitam terlibat dalam penculikan Koh.

Liew memfailkan saman mengenai kehilangan suaminya pada 13 Februari 2020, menamakan 13 pihak termasuk kerajaan, IGP, bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, serta beberapa pegawai polis lain sebagai defendan.

Dia turut menamakan bekas kakitangan kontrak Cawangan Khas, Encik Saiful Bahari Abdul Aziz, yang kereta Toyota Vios emas miliknya dikaitkan dengan penculikan Koh dan Amri.

Saman itu mendakwa hak plaintif telah dicabuli melalui penculikan Koh, kegagalan untuk menjelaskan keberadaannya, kecuaian dan/atau salah laku dalam jawatan awam.

Plaintif menuntut perintah mahkamah supaya defendan mengenal pasti dan mendedahkan lokasi Koh.

Plaintif minta polis agar Saiful Bahari yang masih bebas ditangkap

Selain itu, mereka turut meminta polis diarahkan menangkap Saiful Bahari, yang masih bebas, dan membawanya ke mahkamah untuk memberi keterangan bersumpah mengenai penglibatannya dan kenderaan tersebut dalam penculikan Koh.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise