Ketegasan Raja Melayu Yang Juga Seorang Canselor Universiti Di Malaysia

Canselor beri teguran keras terhadap salah laku pentadbiran yang menjejaskan HUKM

Media melaporkan baru-baru ini, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengkritik salah laku dalam pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya membabitkan perolehan tender hospital universiti itu yang bernilai RM58.45 juta.

Baginda yang juga Canselor UKM bertitah, salah laku itu bukan sahaja memberi implikasi negatif kewangan, bahkan menggugat kualiti di Hospital UKM (HUKM) serta kredibiliti universiti berkenaan.

Seperti laporan Malaysiakini, baginda dipetik sebagai bertitah: "Salah laku ini melibatkan tiga tender besar bernilai RM58.45 juta. Aduan ini kemudiannya disiasat dah disahkan benar oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

“Beberapa syarikat yang tidak dapat kelulusan jawatan kuasa pemilih telah dilantik untuk melaksanakan projek-projek ini.

"Jika tidak diambil tindakan sewajarnya salah laku ini akan memberi implikasi negatif bukan sahaja dari segi kewangan, malah akan turut merendahkan mutu perkhidmatan, keselesaan, dan rawatan pesakit serta menjejaskan proses latihan para pelajar perubatan di HUKM.

“Ini juga sekali gus menggugat kualiti HUKM melemahkan kredibiliti UKM.

"Untuk memperbetulkan keadaan adalah penting untuk UKM memperbetulkan tatakelola, menjalani proses perubahan tatakelola dalam pentadbiran tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjalan dengan agak perlahan, akan tetapi langkah penting telah diambil iaitu dengan melantik naib canselor yang baru," titah baginda pada Sidang Canselor Majlis Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, kelmarin, Khamis 20 November 2025.

UKM menarik perhatian ramai pada 3 Februari lalu apabila Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman melepaskan jawatan secara sukarela. Dia juga mendakwa tuduhan yang dilontarkan terhadapnya merupakan satu fitnah.

Sehari selepas itu, Bernama melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan dan ahli akademik terbabit mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

"Beliau telah menjalankan tugas dengan baik, turut dihormati oleh rakan-rakan, beliau telah menjadi NC (Naib Canselor) dan telah disambung, jadi atas kapasiti itu beliau merasa telah sampai masa (meletak jawatan)," katanya.

Pada 12 Februari pula Tuanku Muhriz menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan yang membawa gelaran Datuk Mohd Ekhwan ditarik balik serta-merta.

"Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan," kata Pendaftar Darjah Datuk, Mohd Zafir Ibrahim.

Titah Tuanku Muhriz, bagi meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai UKM selama ini, institusi pengajian tinggi itu perlu terus dipimpin oleh mereka yang berintegriti tinggi dan beramanah.

"Kejayaan telah dicapai akan musnah sekiranya para pentadbir universiti mengambil kesempatan atas kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi," titah baginda lagi.


Untuk rekod pada 31 Oktober lalu Bernama juga melaporkan Tuanku Muhriz menitahkan agar Darjah Setia Negeri Sembilan yang membawa gelaran Datuk kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Dr Mohamad Abd Razak, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Langkah itu dibuat bagi menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Mohamad dianugerahkan pingat betkenaan pada 2004.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise