Isu Royalti Pajakan Pulau Pinang Bergema Lagi Di Kedah

Susulan keprihatinan Sultan Kedah, kata Sanusi

Berita Harian semalam melaporkan Kedah kini dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dengan Pulau Pinang.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan supaya isu berkenaan dijelaskan secara telus termasuk perkara berkaitan pajakan.

Kerajaan negeri, katanya, sudah melantik pasukan penyelidik terdiri daripada pakar sejarah dan perundangan untuk menjalankan kajian komprehensif mengenai perkara berkenaan.

Jelasnya, ini termasuk melaksanakan analisis mendalam, penyediaan dokumen serta memulakan proses tindakan perundangan di mahkamah.

"Pasukan berkenaan telah menyiapkan kajian dan laporan akhir mereka telah dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen yang berkaitan pada 15 April lalu.

"Pada masa ini, kerajaan negeri pada peringkat memuktamadkan lantikan peguam bagi melaksanakan analisis, penyediaan dokumen serta proses perundangan di mahkamah.

"Insya-Allah perkembangan selanjutnya akan menyusul dalam tempoh sebulan dua lagi," katanya membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di Alor Setar, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri menzahirkan penghargaan atas perhatian yang diberikan oleh Tuanku Sultan terhadap isu itu dan memastikan setiap langkah diambil berpaksikan fakta sejarah serta landasan perundangan yang sah.

Royalti pajakan P Pinang

Pada 2021, kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Sementara itu, menyentuh mengenai semakan cukai taksiran yang dibuat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), beliau langkah bertujuan memastikan keupayaan kewangan pihak berkuasa tempatan itu terus mampan untuk menampung kos operasi dan perkhidmatan awam.

Katanya, semakan yang dilakukan itu adalah kali pertama selepas 32 tahun, dengan kali terakhir pelarasan dibuat pada tahun 1993.

"Ramai yang salah faham apabila mendengar tentang semakan kadar cukai ini. Ada yang kata naik sampai 245 peratus, sedangkan angka itu merujuk kepada satu kilang tertentu sahaja. Rata-rata kadar baharu ini disemak berdasarkan nilai semasa hartanah, bukannya suka-suka naikkan kadar.

"Malah, 10.7 peratus atau 10,203 unit hartanah dalam kawasan pentadbiran MBAS mengalami penurunan cukai pintu hasil semakan tersebut," katanya.

Semakan itu katanya, mengambil kira pelbagai faktor termasuk kawasan, nilai pasaran semasa, serta kerja renovasi yang dilakukan oleh pemilik rumah atau premis.

"Setiap bulan, MBAS perlu membayar sekitar RM2 juta kepada E-Idaman bagi melaksanakan kerja kutipan sampah, selain RM100,000 untuk bayaran tunggakan. Sebanyak 60 peratus daripada jumlah itu datang daripada hasil cukai taksiran," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids