Ahli Parlimen saran MB Selangor perjelas bagi mengelak Raja-Raja, kerabat dipandang serong dengan andaian tidak wajar

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tak tahu syarikat konsesi letak kereta membabitkan kerabat diraja Selangor

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai kaitan seorang kerabat diraja dengan syarikat yang diberikan konsesi parkir di kawasan mereka di bawah program parkir kerajaan Selangor.

Menurut portal berita Malaysiakini, wakil pihak berkuasa tempatan itu memberitahu sendiri kepada portal berkenaan bahawa ia “tidak tahu” mengenai kaitan dengan Istana Selangor, kerana keputusan melantik syarikat tersebut dibuat oleh kerajaan negeri.

MPS menyatakan demikian ketika ditanya susulan laporan terdahulu portal yang paling berani menyiarkan pelbagai isu itu, yang mendedahkan pegangan 16.5 peratus Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam Selmax Sdn Bhd, yang setakat ini telah menerima tiga konsesi menerusi Skim Parkir Pintar Selangor (SIP).

“Pelantikan (Selmax sebagai pengurus sistem SIP) dibuat oleh kerajaan Selangor dengan merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata MPS apabila ditanya mengenai pegangan saham Tengku Amir Shah sebelum pelantikan Selmax.

Ditanya sama ada penglibatan kerabat diraja dalam Selmax dibincangkan sebelum pelantikan dibuat, MPS menegaskan ia “tidak mempunyai pengetahuan” mengenai perkara itu.

“Pelantikan konsesi bagi pengurusan parkir di MPS dibuat oleh kerajaan Selangor,” tegasnya.

MPS menambah ia telah mengeluarkan surat tawaran kepada Selmax pada 30 Jun untuk menyediakan “perkhidmatan pengurusan parkir pintar” bermula 1 Julai.

“Namun, perbincangan antara kedua-dua pihak diadakan untuk mencapai persetujuan mengenai kandungan surat penerimaan tersebut,” katanya.

Kontrak 10 tahun, dengan pilihan lanjutan lima tahun

Dalam pemfailan kepada Bursa, syarikat induk Selmax, ITMAX System Bhd, merekodkan bahawa Selmax hanya menerima dan bersetuju dengan surat pelantikan yang disemak semula pada 2 September.

ITMAX System menyatakan bahawa surat pelantikan yang dipinda bertarikh 29 Ogos itu dianugerahkan oleh MPS kepada Selmax untuk menjadi pengendali SIP.

Pemfailan itu menyebut kontrak tersebut berkuat kuasa selama 10 tahun dengan pilihan lanjutan lima tahun tambahan, “tertakluk kepada penilaian MPS” dan Rantaian Mesra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) yang mengawasi pelaksanaan SIP.

Berdasarkan semakan portal itu lagi, pewaris takhta Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mempunyai pegangan dalam Selmax melalui dua syarikat pegangan lain: Tanah Perwira Sdn Bhd dan Greyscale Holdings Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada Mac tahun lalu, Tanah Perwira, pemegang saham minoriti Selmax, dimiliki sepenuhnya oleh Greyscale Holdings, sebuah syarikat berusia tiga tahun di mana Tengku Amir Shah memegang 55 peratus pegangan majoriti.

Selain MPS, dua lagi pihak berkuasa tempatan turut memberi konsesi kepada Selmax bagi pengurusan sistem SIP: Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Setakat ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan satu-satunya PBT yang menarik diri daripada perjanjian dengan Selmax.

Menerusi perjanjian konsesi dengan Selmax, setiap PBT perlu berkongsi hasil kutipan parkir, pas bulanan, zon dua jam dan kompaun dalam nisbah 50-40 peratus dengan syarikat itu, di mana Selmax menerima bahagian lebih besar.

Baki 10 peratus diperuntukkan kepada Rantaian Mesra.

Rekod pengalaman mengurus sistem parkir

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan kepada portal itu bahawa MBI telah menjalankan proses permintaan cadangan awam (RFP) yang disertai 26 syarikat, sebelum hanya tiga dipanggil untuk membentangkan cadangan terperinci.

“Syarikat yang akhirnya dipilih oleh MBI mempunyai rekod pengalaman mengurus sistem parkir di Johor, dan juga merupakan sebuah syarikat tersenarai awam,” kata setiausaha akhbar Amirudin, Encik Jay Jay Denis.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) kemudian mengkritik kerajaan negeri kerana didakwa kurang telus dalam inisiatif SIP, sambil menegaskan penglibatan kerabat diraja sepatutnya memerlukan ketelusan dan pemeriksaan lebih rapi.

Ahli Parlimen dari PKR, Encik Lee Chean Chung juga menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai perkara itu, bagi memastikan tiada pihak termasuk institusi diraja terdedah kepada “andaian yang tidak wajar”.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise