Pasangan Indonesia, Myanmar, gadis sekolah menengah—antara ditangkap khalwat di Kulai

PENGUAT kuasa JAINJ menahan tiga pasangan termasuk pelajar sekolah dalam operasi di beberapa hotel di Kulai, awal pagi semalam.
Gambar Ihsan JAINJ

Akhbar yang sering menyiarkan berita menggemparkan, Harian Metro semalam melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditangkap berkhalwat bersama lelaki berusia 20-an di sebuah hotel di Kulai, Johor awal pagi semalam, Selasa 30 September 2025, dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Jurucakap JAINJ berkata, pelajar berusia 16 tahun itu masih bersekolah menengah di luar daerah ini, manakala pasangannya adalah lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang.

"Pasangan ini amat mengejutkan kerana membabitkan pelajar sekolah. Ketika operasi, lelaki terbabit terkejut melihat lima penguat kuasa JAINJ, malah pada mulanya hanya membuka sedikit pintu.

"Pemeriksaan penguat kuasa menemukan pelajar itu dalam bilik hotel berkenaan," katanya ketika dihubungi akhbar sensasi itu, semalam.

Menurut jurucakap itu, ibu bapa pelajar itu sudah dipanggil untuk proses jaminan.

Operasi yang dijalankan bermula jam 10 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam turut menahan dua lagi pasangan warga asing kerana kesalahan sama.

"Pasangan kedua membabitkan lelaki warga Indonesia berusia 30-an yang bekerja di sebuah kilang, bersama wanita senegara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kantin.

"Manakala pasangan ketiga membabitkan warga Myanmar dalam lingkungan umur 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala pasangannya bekerja di kilang di Senai," katanya.

Pihaknya menasihatkan ibu bapa, pelajar serta masyarakat supaya lebih peka terhadap cabaran gejala sosial yang semakin membimbangkan, terutama melibatkan generasi muda.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim