Menari & Berlari — Anwar Arkitek Perdamaian Dunia?


Bossku Madani yang sentiasa bergerak pantas

Jujur kata, tak semua perkara saya bersetuju dengan PMX seperti tarian berlebih-lebihan, bersalam dengan bukan mahram dan beberapa perkara lain yang bagi saya masih boleh ditegur dan diperbaiki.

Tapi saya juga tak menafikan sumbangan beliau yang besar dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Hari ini BBC menyiarkan satu artikel panjang mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan tajuk yang mencuri perhatian

“Who is Anwar Ibrahim, the Malaysian leader who helped Trump preside over a ‘peace deal’?”

Artikel ini bukan sekadar profil seorang pemimpin, tetapi satu naratif panjang tentang perjalanan luar biasa seorang manusia yang pernah terpenjara, kini menjadi arkitek perdamaian serantau dan pemimpin yang dihormati di pentas dunia.

Dari penjara ke pentas dunia

BBC memulakan dengan satu peristiwa luar biasa di sidang media antarabangsa. Anwar bergurau dengan Donald Trump sambil berkata, “Saya di dalam penjara, tapi awak hampir sampai ke sana.”

Gurauan itu membuat suasana kaku seketika, jenaka yang berisiko tinggi tetapi hanya boleh diucapkan oleh seorang yang pernah jatuh sehancur-hancurnya dan kini bangkit setinggi-tingginya.

ADVERTISEMENT

Anwar baru sahaja menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat, menurunkan tarif eksport Malaysia daripada 24% kepada 19%. 

Dalam dunia perdagangan global yang penuh ketidaktentuan, itu bukan sekadar angka tetapi isyarat kestabilan dan keyakinan semula terhadap Malaysia.

Yang lebih menarik, Trump hadir ke Kuala Lumpur bukan untuk lawatan biasa tetapi untuk menandatangani “perjanjian damai” antara Thailand dan Kemboja, hasil rundingan yang diatur sendiri oleh Anwar. Beliau juga menjadi orang tengah dalam gencatan senjata antara dua negara itu selepas insiden berdarah di sempadan.

BBC menulis, “Some called it a diplomatic victory for Malaysia, while others said Anwar was simply in the right place at the right time.” Tetapi hakikatnya, beliau menunggu 25 tahun untuk sampai ke tempat itu.

25 tahun menunggu giliran

BBC mengimbas kembali perjalanan penuh luka itu. Dari seorang mahasiswa karismatik yang menubuhkan ABIM, ke pangkuan UMNO pada tahun 1982, keputusan yang mengejutkan ramai tetapi membuka laluan kepada pelbagai jawatan menteri dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir Mohamad.

Namun hubungan dua tokoh itu retak parah selepas krisis ekonomi Asia 1997. Anwar dipecat, dituduh liwat dan rasuah, tuduhan yang beliau nafikan hingga kini. Dunia menyaksikan bagaimana seorang bakal perdana menteri dijatuhkan dan dihumban ke penjara.

Selepas dibebaskan pada 2004, beliau muncul semula sebagai ketua pembangkang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia moden. Namun nasib belum memihak kepadanya. Tahun 2015 beliau sekali lagi dipenjarakan.

Hingga akhirnya, takdir mempertemukan semula beliau dengan Mahathir pada 2018 dalam gabungan yang menumbangkan kerajaan paling lama memerintah di Asia Tenggara.

Tapi seperti sejarah yang berulang, janji peralihan kuasa tidak menjadi. Mahathir meletak jawatan, kerajaan tumbang dan negara kembali ke kancah ketidaktentuan.

Selepas pilihan raya 2022, tiada pihak menang majoriti jelas. Dalam kekusutan itu, Anwar diangkat oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Ramai sangsi, tetapi tiga tahun berlalu dan beliau masih kekal, lebih lama daripada tiga perdana menteri sebelumnya.

Antara kestabilan dan tekanan rakyat

BBC menulis bahawa Malaysia kini dilihat lebih stabil berbanding jiran serantau selepas bertukar tiga perdana menteri dalam dua tahun. Pelabur kembali menaruh harapan, ekonomi digital berkembang dan Malaysia dilihat sebagai antara yang paling stabil di Asia Tenggara.

Namun kestabilan politik tidak bermakna semua tenang. Harga barang meningkat, pelaburan besar dalam semikonduktor dan data center belum membuahkan hasil, dan protes besar-besaran pernah berlaku menuntut reformasi ekonomi yang lebih cepat.

BBC turut menyentuh isu yang menggugat imej kerajaan seperti pengguguran 47 pertuduhan rasuah terhadap seorang timbalan perdana menteri yang menimbulkan persoalan terhadap prinsip reformasi dan ketelusan.

Sementara itu, isu agama dan perkauman terus menjadi ujian besar buat negara berbilang kaum ini, dari insiden stoking bertulis “Allah” hingga kontroversi restoran Cina Muslim. Profesor James Chin menulis bahawa Malaysia hari ini bukan lagi negara tengah yang bertolak ansur, tetapi negara konservatif yang semakin kuat pengaruh Islamiknya.

Di gelanggang antarabangsa

Namun di pentas dunia, BBC mengakui Anwar lebih menyerlah. Beliau berjaya mengembalikan semula wibawa Malaysia dalam ASEAN, mengimbangi hubungan antara Amerika Syarikat dan China tanpa menjadi boneka mana-mana kuasa besar.

Dalam masa setahun, beliau melawat semua negara ASEAN kecuali Myanmar yang masih dalam perang saudara. Walaupun tidak banyak berubah di lapangan, suaranya yang lantang menentang kekejaman junta tentera membuat ASEAN tampak lebih hidup.

Trump yang hadir ke Kuala Lumpur memberi legitimasi diplomatik, manakala ketiadaan Xi Jinping menjadi mesej geopolitik tersendiri. BBC menulis bahawa Anwar telah sedikit menggerakkan jarum untuk mengembalikan makna dan peranan ASEAN.

Palestin dan dilema moral

Namun di mata rakyat Malaysia, suara Anwar paling lantang apabila menyentuh isu Palestin. Sejak perang Gaza 2023, beliau menjadi wajah utama solidariti Asia Tenggara untuk Palestin.

BBC menyatakan, Anwar kini berada dalam dilema yang sukar. Beliau perlu terus mempertahankan Palestin sebagai isu moral dan prinsip umat Islam sambil mengekalkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel dan rakan dagang penting bagi Malaysia.

Penganalisis Ariel Tan dari RSIS berkata, “Anwar needs to fly the Palestinian flag to the hilt to satisfy public opinion, but he also needs the US to avoid economic retaliation.”

Anwar Ibrahim bukan pemimpin sempurna, dan beliau sendiri sedar itu. Tapi beliau juga bukan sekadar ahli politik biasa. Dalam setiap kejatuhan dan kebangkitan, ada kisah tentang daya tahan manusia yang luar biasa.

BBC menutup artikelnya dengan persoalan besar:

“Can Anwar replicate his international success on the home front?”

Jawapannya belum pasti. Tapi satu hal yang kita pasti, dari penjara ke pentas dunia, Anwar sudah membuktikan bahawa ujian bukan untuk melemahkan manusia tetapi untuk menapis siapa yang benar-benar layak memimpin.


Adaptasi dari sebuah tulisan hasil nukilan Afiq Noordin yang dikongsi di Facebook beliau kelmarin, Selasa 28 Oktober 2025.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim