Posts

Showing posts from October, 2025

Ismail Sabri's political future is almost completely damaged

Image
People want to know where the money and gold came from. If it is not corruption, what should we call it? The government has successfully forfeited over RM169 million in cash allegedly belonging to former prime minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. The amount, seized by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), comprised multiple currencies including ringgit, Singapore dollar, Swiss franc, euro, Japanese yen, British pound, New Zealand dollar, and Australian dollar. Referring to news published by Berita Harian yesterday, Malay Mail said the Sessions Court Judge Puan Suzana Hussin ordered the money to be surrendered to the government after allowing Deputy Public Prosecutor Encik Mahadi Abdul Jumaat’s application, as no third party appeared to contest the forfeiture proceedings.  On 8 September, the court was informed that Ismail Sabri and his former political secretary Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, both named as respondents, had no intention of challenging the pro...

Penipuan dan data: Menyelusuri siasatan rangkaian CIB pro-Anwar

Image
Malaysiakini   semalam (Selasa 30 September 2025) mendedahkan kewujudan rangkaian 263 akaun yang terlibat dalam kempen tersusun untuk meningkatkan sokongan secara palsu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya. Namun, untuk membuktikan kempen sebegini benar-benar merupakan operasi tidak autentik yang diselaraskan secara berpusat – dan bukannya sekadar hasil tindakan penyokong tegar – memerlukan lebih daripada sekadar sangkaan. Ia memerlukan kaedah pembuktian yang jelas dan teratur. Laporan ini menjelaskan latarbelakang kes. Latar   belakang kes Siasatan bermula menerusi lebih 25,000 komen orang awam. Langkah pertama ialah mencipta alat untuk mengenal pasti skrip bersama rangkaian tersebut. Selepas analisis komputer mengenal pasti ribuan frasa berulang, pemilihan manual terakhir dilakukan untuk menghasilkan sebuah “pustaka   boilerplate ”. Proses ini berpandukan satu prinsip konservatif: membezakan antara kata kunci topik umum dengan ar...

Penyiasatan: Rangkaian 263 tentera siber naikkan sokongan di FB Anwar

Image
Siasatan  Malaysiakini  mendedahkan kewujudan rangkaian sekurang-kurangnya 263 akaun yang terlibat dalam kempen tersusun untuk secara palsu melonjakkan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di halaman Facebook rasminya.  Ia turut melibatkan akaun Facebook Syukur Aiman Shukri, yang merupakan seorang pemimpin Pemuda PKR peringkat negeri. Penemuan ini dua tahun selepas Meta menamatkan satu lagi  rangkaian berasingan  melibatkan 600 akaun yang menjalankan manipulasi pro-kerajaan, yang dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walaupun kedua-dua rangkaian itu beroperasi semasa pentadbiran berbeza, dan pihak polis telah  menafikan  penglibatannya, dapatan ini menunjukkan kaedah tidak autentik yang tersusun bagi membentuk wacana politik di Malaysia masih berterusan. Pakar yang meneliti dapatan ini berkata coraknya jelas menunjukkan kegiatan  astroturfing  secara profesional – iaitu kempen untuk mewujudkan gambaran tidak benar tentang ...