Uncle Kentang selamatkan gadis "bakal ejen hartanah" dari terpedaya dan terkulai layu
Encik Kuan Chee Heng, lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, banyak membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan, termasuk menyediakan khidmat van jenazah percuma kepada orang Islam
Portal berita Majoriti melaporkan kelmarin, Ahad 21 September 2025, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa hampir menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja.
Beliau bagaimanapun berjaya diselamatkan hasil keprihatinan aktivis sosial terkenal, Encik Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
Merujuk satu hantaran di Facebook pada Sabtu, 20 September, portal berkenaan memetik Uncle Kentang sebagai mendakwa, remaja tersebut dijanjikan pekerjaan sebagai ejen hartanah dengan gaji pokok sebanyak RM3,500.
"Beliau menaiki bas dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menemui majikan baharu pada sebelah petang.
“Remaja berkenaan tunjukkan saya profil majikan itu, tetapi ada sesuatu tidak kena. Nampak seperti satu penipuan untuk memperdaya anak muda,” katanya.
Menurutnya lagi, remaja itu bernasib baik kerana meminta sedikit wang daripadanya, sekali gus memberinya peluang menyemak latar belakang majikan berkenaan.
Ujar Uncle Kentang, pada awalnya beliau bersetuju dengan rancangan remaja terbabit.
“Namun selepas melihat perbualan dan profil majikan tersebut, saya percaya amat berisiko untuk berjumpa sendirian.
"Saya suruh beliau batalkan janji temu tersebut,” jelasnya.
Dalam perkongsian sama, Uncle Kentang menasihatkan golongan muda agar tidak terlalu teruja dengan tawaran kerja yang kelihatan lumayan dan di luar kebiasaan.
“Anak muda jangan terlalu teruja dengan tawaran kerja baharu. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment