Suasana kusut masai di Sabah

Malaysiakini melaporkan peguam kepada Encik Albert Tei semalam menuntut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam mengapa pembocor maklumat kontroversi itu sempat dihalang daripada memasuki Sabah pada hari sama, Isnin 22 September 2025.

Dalam kenyataan itu, Encik Mahajoth Singh berkata, Tei mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam dan dijadual menghadiri sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu jam 9 pagi ini, Selasa 23 September.

Bagaimanapun, dakwa Mahajoth, sebaik tiba Tei dihalang dan diberitahu oleh “timbalan penolong pengarah imigresen” yang dikenali sebagai Ms Mimie bahawa dia dia tidak boleh memasuki Sabah kerana ada sekatan daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

"Apa yang mengecewakannya, anak guam saya terpaksa membuktikan bahawa dia ada kes mahkamah yang sedang berjalan dengan menghubungi pegawai penyiasat dan menghantar e-mel dokumen yang berkaitan kepada pegawai imigresen.

“Selepas itu baru dia dibenarkan masuk. Itu pun bukan kerana dia berhak sebaliknya didakwa atas budi bicara pegawai imigresen.

“Itu pun dia hanya diberi tempoh dua hari,” katanya.

Tambah Mahajoth, kejadian itu sangat membimbangkan kerana seseorang warganegara Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya dihalang daripada memasuki Sabah.

Untuk mewajarkan tindakan sedemikian atas dakwaan ada arahan daripada pejabat ketua menteri, katanya. adalah tindakan yang menyalahi undang-undang dan melanggar Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan secara langsung.

Dia menegaskan bahawa perkara itu lebih serius memandangkan dakwaan rasuah Tei terhadap Hajiji.

Dalam konteks itu, tambah Mahajoth, sebarang sekatan ke atas kemasukannya kelihatan mementingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kuasa secara terang-terangan.

"Saya nak tanya Ketua Menteri Sabah: Adakah pejabat anda mengeluarkan arahan menghalang kemasukan anak guam saya? Jika tidak, mengapa imigresen Sabah mendakwa terdapat arahan sedemikian?

"Tidak mungkin kedua-dua pihak bercakap benar.

“Sama ada Pejabat Ketua Menteri Sabah membenarkan tindakan menyalahi undang-undang ini, atau jabatan imigresen bertindak menyalahi undang-undang.

“Dalam mana-mana keadaan, anak guam saya berhak – mengikut undang-undang negara – untuk mendapat penjelasan yang penuh.

“Anda mempunyai 24 jam untuk menjawab," kata Mahajoth.

Akan adakan sidang media

Tei pada awal hari ini, memfailkan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah terhadap Hajiji dengan menuntut siasatan tentang bagaimana butiran siasatan sulit dibocorkan.

Dalam laporannya, Tei – yang mendedahkan skandal perlombongan melibatkan pemimpin gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji – dengan menuduh ahli politik terbabit melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dengan membocorkan maklumat sulit.

Dia merujuk kepada ucapan Hajiji pada 14 Disember tahun lalu yang disampaikan tidak lama selepas Tei mengeluarkan satu siri video dengan ketua menteri terbabit mengaku tahu mengenai soal siasat SPRM terhadap Tei.

Klip TikTok menunjukkan Hajiji berkata dia "dimaklumkan" Tei "tidak mengaku melakukannya" apabila disoal SPRM.

Tei yang berkali-kali menuduh pihak berkuasa menutup skandal itu berkata, insiden terbaru berkenaan mengesahkan kebimbangannya terbesarnya mengenai kes berprofil tinggi.

“Kejadian ini mengukuhkan kebimbangan saya bahawa dalam siasatan kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin politik berkuasa dan berpengaruh seperti Hajiji bahkan rakaman keterangan saya kepada SPRM tidak terlepas daripada bocor kepada orang yang sepatutnya disiasat.

“Seolah-oleh Hajiji kebal daripada tindakan undang-undang, tidak dapat disentuh,” katanya.

Tei akan menghadiri prosiding mahkamah di Kota Kinabalu berkaitan skandal itu berkata, dia bercadang untuk mengadakan sidang media di kompleks mahkamah pada jam 10 pagi hari ini untuk mendedahkan butiran lanjut.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim