Puad memang kawww!!—Dari pergi pejabat FIFA, lebih baik cari menantu Muhyiddin dan Maha Kaya yang baru muncul
Merujuk kepada hantaran terbaru di Facebook Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Malaysiakini melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyambut baik kenyataan SPRM yang tidak mengenal pasti sebarang asas kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM).
Sehubungan itu, SPRM tidak akan berhubung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyelesaikan isu berkenaan bersama badan induk bola sepak dunia itu.
“Mujur SPRM batal perancangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara.
“Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes.
“Lebih baik fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ yang baru muncul. Daripada pergi ke pejabat FIFA untuk menyiasat, lebih baik cari menantu Muhyiddin yang didakwa ada di Abu Dhabi untuk menghadapi tuduhan rasuah Jana Wibawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Walaupun tidak menyebut nama 'Maha Kaya’ yang baru muncul, pemerhati percaya ia merujuk kepada bekas Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Puad menyifatkan sebarang usaha untuk berhubung dengan badan induk bola sepak dunia itu di Zurich, Switzerland sebagai pembaziran dana awam.
Biar polis siasat
“Pergi ke pejabat FIFA bukan sahaja membazir duit pembayar cukai tetapi hilang fokus. Bab tuduhan ‘forgery’ (pemalsuan) biar polis yang siasat,” katanya lagi.
Sebelum ini, SPRM menjelaskan, isu berkenaan dilihat lebih kepada aspek teknikal dan berada di luar bidang kuasanya.
Isu ini timbul selepas Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman ke atas FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan kerana didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib Fifa (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FAM didenda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain terbabit digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. Pemangku presiden badan itu, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA.
Pemain-pemain yang dikenakan tindakan adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment