Pergaduhan ala MIC merebak ke upacara sembahyang Cina

Tangkap layar kes gaduh menggunakan kerusi ketika upacara keagamaan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat. Gambar tular

Akhbar dan portal berita sensasi melaporkan pada hari Jumaat, 19 September 2025, remaja bawah umur merupakan antara 10 individu yang ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan termasuk membaling kerusi plastik dalam kejadian di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat, Johor Darul Ta'zim, hingga tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Encik Ng Swie Chat berkata, kejadian berlaku ketika pertunjukan wayang hokkien dan kugiran dalam upacara keagamaan 'bulan tujuh'.

Beliau berkata, tangkapan ke atas semua suspek berusia 14 hingga 56 tahun dilakukan selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 11.58 malam, Rabu lalu ketika berlangsung upacara keagamaan di padang awam terbabit.

"Soal siasat terhadap kesemua suspek yang ditahan dan mereka mengaku terbabit dalam pergaduhan itu," katanya dalam kenyataan.

Swie Chat berkata, susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, polis turut merampas beberapa kerusi plastik yang dipercayai senjata digunakan semasa kejadian berlaku.

"Permit lesen pertunjukan wayang dan kugiran bagi upacara keagamaan juga dibatal serta-merta oleh Pejabat Daerah Segamat.

"Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222," katanya.

Bagaimanapun, akhbar dan portal berkenaan, Harian Metro tidak menyatakan sama ada pergaduhan tersebut ada kaitan dengan suasana dan perkembangan politik semasa.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim