PAS secara tersirat konfiden paling layak jadi calon perdana menteri
![]() |
Datuk Ahmad Yahaya, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat |
Di KOTA SARANG SEMUT, Yan, Kedah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan, keutamaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah memastikan kemenangan, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya bagaimanapun, tidak menolak keyakinan bahawa akan tiba masanya pemimpin parti itu diberi mandat untuk memimpin kerajaan Persekutuan.
“Fokus utama kita ialah menang pilihan raya. Jadi, kita perlu pastikan jentera dan gerak kerja pilihan raya berkesan, tumbangkan dulu kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.
“Selepas itu, barulah ditentukan siapa yang layak. Lebih-lebih lagi jawatan Perdana Menteri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Pandangan saya mudah, sampai masanya PAS akan menjadi Perdana Menteri. Jadi akan ada pemimpin yang ditentukan pada waktu itu,” Ahmad dipetik Awani sebagai berkata ketika ditemui portal berita Awani selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS, di Kota Sarang Semut, Yan, Kedah, malam tadi.
Hak Bersatu untuk mencalon PM; PAS, Gerakan, parti lain pun berhak juga
Mengulas mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menamakan calon Perdana Menteri ke-11 pada Persidangan Agung Tahunannya Sabtu lalu, Ahmad berkata, perkara itu adalah hak parti berkenaan.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menjelaskan, PAS juga mempunyai ruang yang sama untuk mengemukakan sebarang usul pada Muktamar.
"Itu PAT (Perhimpunan Agung Tahunan) Bersatu. Jadi, ahli dan kepimpinan Bersatu ada hak untuk membuat usul dan membuka pandangan tentang masa depan negara.
“Dalam konteks Perikatan Nasional (PN), sudah tentu keputusan mesti dibuat bersama. Tapi bagi parti masing-masing, PAS juga boleh kemukakan usul, begitu juga dengan Gerakan atau parti lain,” jelasnya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment