Para penganalisis berpandangan Hamzah pilihan wajar ganti Muhyiddin terajui Bersatu


Di musim pandemik Covid 19, Muhyiddin yang juga dikenali sebagai Abah Prihatin berdepan berbagai cabaran sehingga dilabel pemimpin Kerajaan Gagal oleh pengkritik. Ini memaksa beliau berusaha mandapatkan pengisytiharan darurat yang sebelum itu ditolak oleh Agong. Parlimen digantung menjadikannya berimej diktator. Akhirnya, dia rebah dan diganti oleh seorang lagi pemimpin kontroversi dari Pahang.

Akhbar Bahasa Melayu tertua di Malaysia Berita Harian berpendapat kekecohan yang tercetus ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU 2025 di Shah Alam kelmarin, termasuk desakan untuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur membuktikan pergolakan ketara dalam Bersatu, yang tidak boleh lagi disembunyikan.

Walaupun pimpinan parti berulang kali menafikan wujud dua kem dalam Bersatu, kejadian itu membuktikan sebaliknya, yang menjadi kemuncak kepada desakan supaya perubahan kepimpinan segera dilakukan, kata akhbar itu.

Semalam, penulis blog terkenal, Tuan Syed Akbar Ali (gambar atas sekali) menyuarakan pandangannya secara berterus-terang.

"Nasihat ikhlas saya kepada Tan Sri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pimpinan yang seterusnya. Kita perlu terus menyegarkan kepimpinan parti dan negara dengan darah baru, pemikiran baru dan wajah-wajah baru. Dan ini adalah perkara yang agak urgent," kata Syed Akbar.

Syed Akbar turut memuji Muhyiddin sebagai seorang yang sudah lama dikenalinya. Menurut penulis blog OutSyed The Box itu, Muhyiddin merupakan seorang yang baik, tiada kontroversi, serta memainkan watak seorang bapa.

"Tan Sri Muhyiddin telah berkhidmat dengan baik kepada parti dan beliau juga pernah menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-8," katanya.

Isteri Muhyiddin low profile

Syed Akbar turut memuji peranan isteri Muhyiddin yang merendah diri dan tidak lebih sudu dari kuah.

"Tan Sri Muhyiddin, seorang penyokong kuat di sisinya adalah isterinya yang kurang dikenali ramai (Puan Sri maintain low profile). Puan Sri menjaga baik rumah tangga dan menjadi tulang belakang keluarga mereka. Tiada kontroversi, tiada sebarang desas-desus - just a housewife dan isteri yang setia," katanya.

Syed Akbar juga bersetuju bahawa pengganti Muhyiddin yang paling sesuai ialah timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Syed Akbar berkata sejak 2020, Datuk Seri Hamzah telah pun proven sebagai pemimpin parti dan naib yang setia kepada presiden yang bekerja keras untuk menjayakan parti. 

"Track record Dato Hamzah memang sudah proven. Tambah lagi Dato Seri Hamzah dicalonkan sebulat suara oleh parti PN sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen - dan kita lihat Dato Hamzah mudah menguasai isu-isu dan perdebatan yang timbul di Parlimen. 

"Tugas dan tanggungjawab Dato Hamzah dalam parti dan di Parlimen sudah jauh melebihi sebarang watak "broker".

"Bottomline bukan saja parti Bersatu tetapi semua parti politik dalam negara kita dan pimpinan kerajaan perlu senantiasa berubah dan bertukar. Change must be a constantYang lebih penting adalah pertukaran dasar," kata Syed Akbar.

Syed Akbar berkata beliau merasa pelik dan hairan mengapa dasar-dasar Tun Dr Dr Mahathir sejak tahun 1980an yang dikutuk dan dimaki sebagai mahazalim, mahafiraun dan mahakaya sekarang dilanjutkan lagi. 

"Nasib baik Dr Mahathir tidak terlibat mahaliwatKalau tidak ada perubahan drastik dalam dasar kerajaan dan dasar-dasar ekonomi negara percayalah kesemua perdana menteri akan gagal. Ini saya boleh jamin 100%. 

"The fatal wound has already been inflicted. Negara kita sudah lama kena pukulan maut. Kita sudah dalam sakratul maut," tegas Syed Akbar.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan hari ini bahawa Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, melihat persaingan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menggantikan Muhyiddin membawa kepada keadaan kekecohan itu.

"Kekecohan semalam (kelmarin) adalah kemuncak desakan kepada Muhyiddin untuk meletakkan jawatan dan mengesahkan memang ada pergolakan dalaman.

"Ia juga didorong kekalahan Perikatan Nasional (PN) di beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini dan kelemahan barisan pembangkang untuk berperanan agresif dalam politik Malaysia," kata Mohammad Tawfik.

Kumpul tanda tangan desak Muhyiddin berundur

Ketika Muhyiddin menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada PAT BERSATU 2025 malam kelmarin, kekecohan tercetus apabila bekas Perdana Menteri itu mendedahkan terdapat beberapa anggota dalam partinya sedang mengumpul tandatangan dalam usaha untuk menggulingkannya, menyebabkan beberapa hadirin menggesa beliau meletak jawatan.

Kedengaran jeritan, 'Tidak benar, Tan Sri', sebelum sekumpulan kecil perwakilan pula melaungkan 'Turun, turun' sebagai gesaan menyeru beliau melepaskan jawatannya.

Sebagai tindak balas, kedengaran perwakilan di dewan kemudian membalas dengan laungan 'Hidup Tan Sri' sebagai menandakan sokongan mereka kepada pemimpin utama parti itu. Kekecohan itu berjaya dileraikan petugas parti.

Muhyiddin perlu berjiwa besar, berundur

Mohammad Tawfik berpandangan, Bersatu perlu segera mengumumkan pelan peralihan dan Muhyiddin perlu berjiwa besar mengundurkan diri jika mahu melihat parti itu terus relevan serta tidak runtuh akibat pergolakan dalaman yang tidak dibendung.

"Pelan peralihan tidak semestinya menamakan pengganti Muhyiddin tapi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membolehkan pemilihan dibuat bagi jawatan Presiden," katanya.

Mengenai calon pengganti Muhyiddin, Mohammad Tawfik, berkata Hamzah perlu diberikan keutamaan kerana kedudukannya sebagai orang nombor dua parti, berbanding Azmin yang turut dilihat sebagai antara pemimpin pelapis dalam parti itu.

Sementara itu, penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Mazlan Ali, berpendapat kedudukan PN yang agak lemah sebagai pembangkang, selain Muhyiddin yang sudah lama menerajui Bersatu mendorong kepada desakan untuk beliau berundur.

PN perlu ada wajah baharu, Hamzah pilihan wajar

"PN tidak boleh menyaingi Kerajaan MADANI ketika ini, maka mereka fikir untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), PN perlu ada wajah kepemimpinan baharu .

"Saya fikir sudah sampai masanya Muhyiddin digantikan dengan pemimpin baharu dan dalam hal ini, saya lihat Hamzah sebagai satu pilihan wajar yang sedang difikirkan pucuk pimpinan Bersatu," katanya.

Mazlan berkata, Muhyiddin kemungkinan masih mendapat sokongan daripada sebahagian pemimpin dan ahli Bersatu, namun beliau wajar memikirkan perubahan kepemimpinan bagi membawa nafas baharu kepada parti dan PN.

"Jika mahu kekal, boleh tapi beliau mesti berusaha menyatu-padukan semula parti sebelum PRU16 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Kemungkinan, dalam tempoh peralihan kuasa, beliau masih boleh memainkan peranan, contohnya sebagai penasihat tetapi mesti ada perubahan kepada kepimpinan," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

AAA AAA AAA 

Berita Berkaitan

Aas

Aas 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim