Nestlé pecat CEO kerana bercinta dengan pegawai bawahan

Walaupun dipecat, Nestlé merakamkan penghargaan kepada bekas CEO itu yang banyak berjasa selama hampir 40 tahun

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama sempat merujuk laporan Agensi Berita Jerman (dpa) yang melaporkan bahawa syarikat makanan Switzerland yang terkenal, Nestlé semalam, Isnin 1 September 2025, mengumumkan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Laurent Freixe berkuat kuasa serta-merta selepas siasatan mendapati beliau menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai bawahan. 

Bagaimanapun, Bernama tidak menyatakan pegawai bawahan itu adalah seorang lelaki atau perempuan.

Lembaga Pengarah menilai tindakan Freixe sebagai satu pelanggaran kod etika dan garis panduan dalaman Nestlé, menurut kenyataan syarikat itu.

“Keputusan ini perlu diambil,” kata Pengerusi Nestlé, Encik Paul Bulcke sambil merakamkan penghargaan kepada Freixe yang telah berkhidmat hampir 40 tahun bersama syarikat itu.

Lembaga Pengarah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso, Encik Philipp Navratil sebagai pengganti Freixe.

Syarikat menegaskan hala tuju strategiknya kekal tidak berubah, namun berhasrat mempercepatkan pertumbuhan dan kecekapan.

Navratil yang menyertai Nestlé sejak 24 tahun lalu memulakan kerjayanya dalam bahagian audit dalaman pada 2001.

Setahun lalu, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso dan sejak Januari tahun ini, turut menjadi anggota lembaga eksekutif.

Freixe hanya mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé pada September 2024, menggantikan pengurus dari Jerman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Fresenius, Encik Mark Schneider.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim