MCA tak rela bermadu dengan DAP, UMNO pula terpaksa beristeri dua sebab DAP sedang hamil anaknya

Seperti dilapor media semalam, Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke Siew Fook menafikan parti itu menjadi punca dakwaan keretakan hubungan MCA dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Jika konflik tiga pihak DAP-UMNO-MCA ini boleh diibaratkan sebagai kecurangan suami terhadap isteri dalam sebuah rumahtangga, maka Loke seolah-olah menidakkan DAP sebagai perampas suami orang.

"Mengapa kita (DAP) yang menjadi punca pula? Masalah 'rumah tangga' kamu hendak salahkan orang lain," kata Loke.

Loke bagaikan lupa kehadiran DAP umpama menjadi orang ketiga yang sedang menuju ke jinjang pelamin untuk bersanding dengan UMNO.

"Kita hanya menjalankan kerja dengan baik... memfokus kepada peranan kita dalam kerajaan. Masalah orang lain, saya tak nak masuk campur," kata Anthony Loke yang kelihatan cuba mengalih perhatian kepada perkara lain.

"Itu masalah antara mereka... kalau dia ada masalah, jangan salahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Kali Ke-23 di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Memang UMNO tidak menceraikan MCA, tetapi biasalah orang beristeri dua biasanya lebih memberi keutamaan kepada bini muda.

Sebagai isteri pertama yang banyak berkorban untuk suami tercinta, semestinya hati MCA hancur luluh jadi debu. Apa tidaknya, UMNO jarang balik rumah, asyik tidur rumah isteri muda.

Menteri pujaan ramai itu mengulas dakwaan segelintir pihak yang melihat DAP sebagai punca hubungan MCA dikatakan menjadi keruh dalam BN.

"Kebiasaannya, orang yang lemah akan mencari masalah kepada orang lain, mereka tidak cermin diri sendiri. Jangan salahkan orang lain kerana ia tidak akan membantu memperkuatkan diri (parti) anda," katanya.

Sebaiknya, sebagai perampas suami orang yang sedang hamil anak UMNO, DAP sewajarnya menunjukkan sikap berbaik-baik dengan madunya, MCA.

Ini, pantang ditegur MCA, terus melenting! UMNO pulak membisu, serba salah. 

Pada Ogos lalu, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, dilaporkan berkata parti itu perlu membuat keputusan sama ada mahu kekal atau keluar BN susulan hubungan semakin rapat antara UMNO dengan DAP.

Bernada cemburu, Lian Ker dipetik sebagai berkata, UMNO serta DAP dilihat semakin mesra dalam pelbagai acara politik, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada MCA dan mencetuskan kekecewaan akar umbi parti yang sudah lama menjadi sekutu utama UMNO dalam BN.

Sementara itu, Loke menegaskan DAP bersedia untuk mengekalkan prinsip dan formula pembahagian kerusi dengan rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya akan datang.

Secara prinsip, beliau berkata, pertembungan kerusi antara satu sama lain dalam kalangan rakan kerjasama pada pilihan raya, perlu dielakkan.

"Dalam hal ini, mana-mana kerusi yang telah dimenangi parti itu pada pilihan raya lalu, perlu dikekalkan pada pilihan raya akan datang. Jika BN yang menang, kita tidak lawan (letak calon bertanding) dan begitu juga sebaliknya.

Dengan nada sedikit merajuk, DAP tidak menghalang sekiranya suaminya UMNO mahu pulang tidur di rumah isteri pertama.

Seperti dipetik Berita Harian, Loke berkata:

"Ini kerangka dan prinsip dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya hendak diteruskan hingga pilihan raya akan datang. Namun, sama ada mereka (BN) hendak meneruskan kerjasama atau tidak, itu terpulang.

"Kita (DAP) bersedia untuk meneruskan kerjasama ini pada masa depan tetapi dari segi pembahagian kerusi, prinsip itu mesti dipatuhi.

"Jika kerusi itu yang dimenangi pihak lawan pula, kita akan berunding sesama kita," katanya sambil menekankan bahawa DAP akan terus memberi sokongan dalam menjayakan aspirasi Kerajaan Perpaduan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim