MCA dan MIC perlu ajar UMNO secukupnya

Dengan berbekalkan tiga kerusi Parlimen, tiada siapa dapat menolak bahawa UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan perpaduan telah dan sedang melayan rakan komponen utama MCA dan MIC seperti melukut di tepi gantang.

Pada masa sama, UMNO dan kerajaan perpaduan memerlukan sokongan 2 kerusi MCA dan satu kerusi MIC itu.

Justeru, pandangan seorang pemimpin MCA bukan sahaja mempunyai asas yang kukuh, lebih dari itu ia merupakan satu langkah mempertahankan prinsip dan maruah parti itu sendiri daripada terus diperkudakan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, pandangan tokoh UMNO seperti Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar atas) tidak perlu dilayan kerana ia tidak menawarkan sebarang jalan penyelesaian selain seolah-olah merendahkan martabat dua parti berasaskan kaum Cina dan India itu.

Tiada gunanya mengharapkan ihsan undi Melayu di bawah payung BN kerana majoriti orang Melayu sendiri sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Semalam, Ahad 7 September, Mohd Puad yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpandangan, kepimpinan MCA bimbang akan mengulangi nasib malang yang menimpa Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Bayan Lepas.

Menurut Mohd Puad, pemimpin-pemimpin MCA dan MIC juga dilihat tidak yakin bahawa sekiranya mereka menyertai Perikatan Nasional (PN), pengundi Melayu – khususnya dari PAS – akan memberikan undi kepada mereka.

“Undi Melayu daripada UMNO lebih terjamin. Kluster Lian Ker memang mahu MCA keluar segera dari BN supaya MCA boleh bertanding lebih banyak kerusi," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Mohd Puad mungkin terlepas pandang bahawa sokongan Melayu terhadap UMNO sudah menjunam dengan begitu drastik. PRN Johor sebelum ini menyaksikan BN menang bergaya dipercayai atas faktor pengaruh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Keadaan sudah berubah. Najib sudah direhatkan di dalam Penjara Kajang. UMNO hanya ada presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri yang terpalit dengan kes rasuah biarpun sudah mendapat DNAA.

Jadi, jika MCA dan MIC masih mengharap ihsan UMNO untuk mendapat sokongan pengundi Melayu pada masa ini, ia amat berisiko tinggi. UMNO sekarang lebih lemah dari PKR dan Bersatu.

Oleh itu, tanggapan Mohd Puad seolah UMNO sangat berpengaruh di kalangan rakyat adalah terang-terangan mimpi di siang hari.

Sementara itu, MCA dilihat masih terperangkap dalam kelangsungan hala tuju politik berbanding MIC yang lebih jelas dan tegas untuk melangkah daripada terus menjadi sekadar pelengkap ‘hiasan’ dalam BN.

Pada Sabtu, 6 September, merujuk kepada hantaran di media sosial, Sinar Harian melaporkan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker (gambar atas) sebagai berkata, perkara itu membimbangkan kerana kepimpinan parti berkenaan kini tidak menunjukkan ketegasan pada saat paling diperlukan.

Beliau turut memberi amaran bahawa akar umbi mungkin akan mencari haluan sendiri, manakala kepimpinan pusat terus tercungap-cungap mengejar keadaan.

“Dua parti kecil BN iaitu MCA dan MIC kini berada di persimpangan. UMNO semakin mesra dengan DAP sehingga seolah-olah membentuk gabungan tidak berdaftar ‘UMDAP’ apabila semua Ahli Parlimen DAP digerakkan untuk ‘menghadap’ di ibu pejabat UMNO baru-baru ini.

“Bagi MCA dan MIC, persoalannya bukan lagi tentang pengaruh tetapi tentang kelangsungan hidup politik mereka. Adakah masih relevan atau sekadar pelengkap hiasan dalam BN dengan lantikan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan pegawai menteri? Namun, reaksi kedua-duanya sangat berbeza,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu, 6 September.

Tambahnya, MIC telah memilih untuk menguji hala tuju dengan berani melangkah apabila pimpinan parti itu menegaskan mereka mempunyai autonomi untuk menentukan arah sendiri dan tidak akan menunggu MCA.

“Destinasi mungkin belum jelas tetapi sekurang-kurangnya MIC sudah mula bergerak mengatur langkah percubaan, memberi isyarat bahawa mereka tidak akan hanya menunggu palu jatuh,” katanya.

Sebaliknya, ujar beliau, MCA terus terperangkap dalam kitaran penangguhan.

“Mula-mula dikatakan keputusan akan diserahkan kepada perwakilan bahagian, kemudian bola ditendang kepada perwakilan negeri.

“Akhirnya diumumkan ia akan diputuskan oleh perwakilan pusat tetapi hanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang ditunda ke hujung tahun ini. Ini bukan konsultasi, ini hanyalah penangguhan yang disamarkan sebagai proses.

“Jika pemimpin MCA gagal memimpin, akar umbi mungkin akan mencari haluan sendiri. Disebabkan itu, beberapa pemimpin Pemuda MCA telah melompat ke parti lain,” jelas beliau.

Menurut Lian Ker, UMNO sudah membuktikan mereka tidak lagi menunggu konsensus BN untuk membuat keputusan besar, manakala MIC melalui Setiausaha Agungnya menegaskan tidak akan menunggu MCA untuk bertindak.

“MCA sebaliknya masih bermain bola di kawasan sendiri, permainan mungkin tamat sebelum mereka dapat menendang untuk menjaringkan gol.

“Namun dalam politik, tiada wisel penamat dan kelewatan sering kali merupakan keputusan paling mahal yang terpaksa dibayar,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim