Kisah sedih pelajar cemerlang yang miskin

Asyraf menyatakan hasrat bertemu sendiri pelajar itu, memujuk beliau melanjutkan pelajaran yang akan dibiayai oleh MARA

Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan kisah seorang pelajar cemerlang yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja di kilang kerana kesempitan hidup.

Menurutnya, pelajar berkenaan memperoleh keputusan SPM 9A serta CGPA 3.87 di peringkat asasi, namun memilih untuk bekerja demi membantu keluarga.

“Lebih menyedihkan saya kerana pelajar ini bekas pelajar MRSM. Ayahnya sakit manakala ibunya hanya bekerja membantu membungkus nasi lemak.

“Apabila beliau dapat emel bahawa pihak universiti tidak dapat menawarkan bantuan, dia ambil keputusan sendirian untuk tidak meneruskan pengajian ke kampus induk, sebaliknya bekerja kilang untuk menampung keluarga,” Malaysiakini memetik Asyraf sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Asyraf berkata dia telah meminta UMNO  bahagian membantu keluarga tersebut, selain berhasrat untuk bertemu sendiri dengan pelajar itu bagi memujuknya meneruskan pengajian.

Katanya lagi, MARA melalui perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan telah bersetuju menawarkan tempat dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selari dengan pencapaian akademik pelajar itu.

“MARA akan tawar pembiayaan belajar dan laluan kerjaya yang baik. Sesungguhnya hanya dengan ilmu sahaja boleh merubah kehidupan,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim