Kerbau manja hantar boss umur 8 tahun pergi dan balik sekolah setiap hari
Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mencuri perhatian penduduk tempatan dengan rutin harian unik menunggang kerbau peliharaannya untuk pergi dan pulang dari sekolah, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kelmarin, memetik berita dari Bangkok, Thailand.
Budak itu, Thanwa ‘Fluke’ Thong-iam menunggang kerbau kesayangannya, yang bernama Kalamae sejauh lebih 800 meter (hampir satu kilometer) setiap pagi dan petang di daerah Khao Yoi, wilayah Phetchaburi.
Keakraban pasangan ini kini menjadi pemandangan yang sering dinantikan penduduk setempat. Setiap hari sekitar pukul 6.30 pagi, Fluke dengan tangkas naik ke belakang kerbau yang mesra, manja dan pandai bergurau itu.
Tidak dinyatakan pula sama ada kerbau itu pulang ke rumah selepas menghantar Fluke, atau dia menunggu budak itu di sekolah sehingga petang.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment