Kalau macam ini, Jabatan Agama pun pening hendak selesaikan

Gambar Kosmo Online

Pasangan ingin berkahwin semula tetapi lelaki bergaduh dan tidak bertegur sapa dengan wali😂

Seorang lelaki memberi pelbagai alasan termasuk mahu berjumpa dengan anak ketika ditangkap khalwat di rumah bekas isterinya di Kempas, di Johor Bahru awal pagi Khamis, 4 September 2025.

Kosmo Online memetik Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan sebagai berkata, lelaki itu turut memberi alasan meminta bekas isterinya mencuci pakaian selain tumpang makan malam ketika dicekup pada pukul 1 pagi.

JAINJ memaklumkan, pihaknya mendapat aduan daripada orang awam tentang pasangan tersebut sebelum bergegas membuat pemeriksaan.

"Pemeriksaan penguat kuasa JAINJ menemui seorang wanita dan lelaki berusia 30-an dalam rumah sama. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan sudah bercerai talak satu setahun yang lalu.

“Turut ditemui dalam rumah adalah seorang anak yang sudah besar. Apabila ditanya apa tujuan datang, lelaki itu mengatakan minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam selain nak jenguk anak,” menurut kenyataan itu.

Merujuk kenyataan JAINJ, Kosmo Online berkata penguat kuasa terbabit turut menasihatkan pasangan berkenaan segera menikah semula setelah dimaklumkan sering kali bertemu di rumah tersebut.

Katanya, lelaki tersebut memberitahu tidak mahu merujuk semula pada awalnya namun selepas tamat tempoh edah, mereka berdamai dan kembali suka antara satu sama lain.

Pihaknya kemudian dimaklumkan pasangan tersebut semakin rapat dan lelaki itu dimaklumkan kerap berkunjung ke rumah bekas isterinya.

“Apabila datang ke pejabat kadi, pegawai kata dah habis edah dan tak boleh rujuk lagi. Kalau nak nikah semula, kena buat proses biasa termasuk cari wali.

“Masalah timbul apabila lelaki berkenaan bergaduh dengan abang bekas isterinya yang sebelum ini merupakan wali bagi pihak wanita itu dan sehingga kini tidak bertegur sapa,” ujarnya. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim