Isu hukuman FIFA terhadap FAM boleh merebak kepada soal integriti keselamatan dokumen rasmi negara

Encik Jais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)
Gambar 
MalaysiaGazette

Isu hukuman FIFA terhadap FAM lebih besar daripada sekadar 'kesilapan teknikal’ 

MalaysiaGazette melaporkan semalam, Ahad 28 September 2025, bahawa Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan isu tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) lebih besar daripada sekadar `kesilapan teknikal’ oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Presiden MCW, Encik Jais Abdul Karim berkata, isu itu menyentuh berkenaan integriti dokumen rasmi negara dan keberkesanan sistem kawal selia oleh pelbagai agensi.

Skandal integriti negara

Ujar beliau, jika benar terdapat dokumen yang dipalsukan, maka ia bukan lagi isu sukan, sebaliknya perlu dilihat sebagai skandal integriti negara, sekali gus menuntut perhatian serius dan tindakan menyeluruh daripada semua pihak.

“Jika tidak ditangani dengan tegas, Malaysia bukan sahaja akan kehilangan kredibiliti di arena bola sepak antarabangsa, malah akan dipersoalkan dalam aspek keselamatan dokumen rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataannya memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang beraksi buat negara dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

MCW tuntut siasatan menyeluruh dan telus

Sehubungan itu, tambah Jais, pihaknya menuntut siasatan menyeluruh dan telus dilakukan melibatkan semua agensi berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN); Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan FAM.

Tegas beliau, sekiranya terdapat unsur penyelewengan atau pemalsuan dokumen, tindakan undang-undang mesti diambil tanpa kompromi.

“MCW akan terus memantau perkembangan kes ini sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap integriti, kebertanggungjawaban, dan ketelusan dalam pentadbiran negara,” katanya.

Peluang penambahbaikan

Dalam masa sama, tambah beliau, isu itu juga perlu dilihat sebagai peluang penambahbaikan menyeluruh dalam tadbir urus bola sepak dan pentadbiran negara.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya akan tercapai sekiranya pihak berkaitan berani berlaku telus, mengambil tanggungjawab, dan memperkukuh sistem kawal selia sedia ada.

“Malaysia harus buktikan bahawa integriti tidak boleh dikompromi, di dalam mahupun di luar padang bola,” katanya, seperti dipetik MalaysiaGazette.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia