Doa wanita ini supaya dia ditangkap Jabatan Imigresen Malaysia dimakbulkan

Penguat kuasa memeriksa dokumen wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di Seri Kembangan. Gambar Harian Metro oleh Hazreen Mohamad.

Akhbar dan portal berita sensasi melaporkan seorang wanita Indonesia yang ditahan mendakwa terpaksa melakukan pekerjaan tidak senonoh kerana terdesak selepas ditipu rakan senegara selepas tiba di negara ini pada awal tahun ini.

"Di kampung saya sudah ada sebuah salun. Saya datang sini untuk cari duit tambahan tetapi kena tipu dengan kawan pula.

"Saya terpaksa bekerja begini kerana tak ada duit mahu pulang. Semalam saya baru berdoa supaya saya ditangkap (supaya dapat diusir pulang). Hari ini betul-betul kena tangkap," katanya.

Sementara itu, helah wanita warga Indonesia bersembunyi di bawah katil bagi mengelak ditahan pihak berkuasa ternyata gagal selepas rambutnya kelihatan dari celah-celah tilam.

Wanita berusia 20-an itu kemudian ditahan bersama 76 wanita warga asing lain dalam Ops Gegar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Lembah Klang, semalam.

Operasi ke atas tujuh pusat refleksologi termasuk di Seri Kembangan selepas disyaki menawarkan perkhidmatan tambahan yang tidak bermoral kepada pelanggan.

Seorang ibu tunggal dikenali Ria, 27, pula mendakwa melakukan kerja itu kerana terdesak bagi menyara anak berusia enam tahun di kampung halaman di Indonesia selepas ditinggalkan oleh suaminya.

"Saya tahu berdosa tetapi saya terdesak, kerja di sini saya boleh dapat dalam RM2,000 ke RM3,000 sebulan, seorang pelanggan saya dapat RM80.

"Saya dapat kerja ini daripada kawan-kawan juga, mula-mula datang saya bekerja sebagai bibik (pembantu rumah) tetapi dibuang kerja, jadi terpaksa buat kerja macam ini, keluarga tidak tahu," katanya yang ditemui portal itu di lokasi serbuan di Serdang, Selangor, semalam.

Terdahulu, JIM menahan 86 warga asing terdiri daripada 76 wanita dan 10 lelaki menerusi Ops Gegar di tujuh premis di sekitar Lembah Klang, seperti dilapor Harian Metro.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim