PAS lebih layak jadi calon PM mewakili PN, bukan Bersatu

Bersatu jangan terlalu ghairah umum calon PM atas nama PN tanpa restu PAS

Seorang pemimpin PAS menegur Bersatu supaya tidak terlalu ‘ghairah bersendirian’ membuat keputusan politik penting atas nama Perikatan Nasional (PN), termasuk berkaitan calon perdana menteri, demikian menurut laporan FMT di mana pemimpin itu memberitahu sendiri kepada portal itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor berkata sebarang keputusan penting tidak boleh dibuat secara solo oleh Bersatu tanpa konsensus bersama rakan komponen PN.

“Contohnya, memutuskan atau menamakan calon perdana menteri dari PN secara sendiri tanpa persetujuan komponen lain.

“Begitu juga dalam percaturan kerusi di DUN Sabah dengan menamakan seseorang sebagai calon ketua menteri.

“Pandangan saya Bersatu jangan jadi ghairah seorang diri,” kata Sanusi kepada portal berkenaan.

Kenyataan ketua pengarah pilihan raya PN itu menyusul selepas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Perhimpunan Agung Tahunan parti berkenaan sebulat suara menyokong dan meluluskan Presiden Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11.

Isu calon perdana menteri atau ‘poster boy’ PN pada PRU16 sering dibangkitkan, malah menimbulkan percanggahan dalam kalangan pemimpin komponen gabungan itu.

Pada November tahun lalu, Mursyidul Am PAS, Encik Hashim Jasin, menafikan Muhyiddin telah disahkan sebagai calon rasmi PN bagi PRU16, sambil menegaskan PAS wajar mengetuai gabungan tersebut.

Namun, beberapa pemimpin Bersatu dan Gerakan terus menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai calon utama perdana menteri mewakili PN.

Bagaimanapun, pada 29 Julai lalu, Hashim berkata PN hanya akan memutuskan calon perdana menterinya selepas gabungan itu berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Berhubung calon ketua menteri Sabah, Muhyiddin yang juga pengerusi PN dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, menjadi pilihan.

Namun, beliau menegaskan perkara itu masih belum dibincangkan dan diputuskan di peringkat kepimpinan Bersatu setakat ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim