Bukan perempuan Cina, tetapi Melayu

Ketua Pemuda PAS Perak Encik Mohd Hafez Sabri mendakwa hantarannya di media sosial mengenai insiden serangan terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kelmarin telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, Malaysiakini merujuk hantaran susulan beliau di media sosial.

Adun Manjoi itu berkata pada waktu kejadian, dia telah mendapat makluman awal bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang perempuan berbangsa Cina.

"Sebagai rakyat yang sayangkan Tuanku Sultan Negerinya perasaan bimbang dan takut akan keselamatan Tuanku Sultan hadir dalam perasaan saya, jadi ketika itu saya telah membuat posting secepat mungkin kerana ia melibatkan satu “breach of security” kawalan keselamatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

"Namun selepas beberapa minit sahaja saya membuat posting, saya mendapati sumber awal saya dapat adalah tidak tepat dan saya telah membuat pembetulan pada posting asal saya secepat mungkin, tidak lebih beberapa minit dari posting awal.

"Namun begitu ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat tangkap layar sepantas kilat ketika posting awal Facebook saya dan terus menyebar posting yang tidak tepat itu dan telah memainkan naratif isu seolah-olah saya memainkan isu perkauman," katanya dalam tulisan Facebook, semalam, seperti dipetik Malaysiakini.

Kata Mohd Hafez, dia tidak menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam mempersoalkan bagaimana insiden tersebut boleh berlaku.

"Namun niat tidak baik pihak yang tidak bertanggungjawab ini jelas dan terserlah apabila mereka memilih untuk menyebarkan posting saya yang awal tersebut sedangkan mereka boleh melihat dengan jelas pembetulan beberapa minit selepas itu di status Facebook saya.

"Lapang dada saya kerana dapat memberi pencerahan kepada seluruh rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku dan saya percaya warga masyarakat yang dikasihi boleh menilai dan melihat penjelasan saya dengan hati yang terbuka.

"Saya juga memohon maaf atas kekhilafan saya dalam isu ini, sebagai manusia saya juga tidak terlepas daripada kekhilafan," kata Mohd Hafez yang turut membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Tambun, Ipoh Perak.

Kelmarin, majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak terganggu seketika apabila seorang wanita mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang ketika itu berada di pentas utama bersama pemimpin dan orang kenamaan.

Wanita terbabit – yang mempunyai rekod rawatan psikiatri – memasuki kawasan berkenaan dari tepi pentas ketika lagu negeri Perak berkumandang.

Dia kemudian ditahan pihak berkuasa.

Ekoran insiden itu, Mohd Hafez yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat memuat naik hantaran dengan mendakwa penyerang terbabit merupakan seorang wanita Cina.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, menafikan dakwaan bahawa suspek merupakan perempuan Cina, sebaliknya mengesahkan individu itu merupakan perempuan tempatan berbangsa Melayu, berusia 41 tahun.

Menurut M Kumar, kes penularan berita palsu itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat mahu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam), serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemuda DAP Pulau Pinang dan Negeri Sembilan semalam membuat laporan polis secara berasingan dan menggesa pihak berkuasa menyiasat Mohd Hafez.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim