Bermotif politik atau tidak, tak penting—yang penting kamu buat salah atau tidak

Jika tak buat salah, apa nak takut

Memetik rumusan seorang individu yang memahami perkara berkaitan, akhbar Sinar Harian semalam berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemilikan aset luar negara tidak bermotifkan politik.

Pakar hal ehwal jenayah, Datuk Dr Kassim Noor Mohamed berkata, sebelum ini SPRM merekodkan kadar sabitan kes rasuah melebihi 80 peratus, sekali gus menolak dakwaan kononnya siasatan yang dijalankan hanya bermotifkan politik.

Menurutnya, rekod SPRM sebelum ini menunjukkan siasatan melibatkan pemimpin kerajaan dan pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Encik Lim Guan Eng, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

"Mengikut undang-undang, SPRM hanya berperanan menjalankan siasatan, manakala keputusan untuk mendakwa terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC)," akhbar itu memetik Dr Kassim Noor sebagai berkata semalam, Khamis 25 September 2025.

Seperti diketahui, awal tahun ini, dua anak Mahathir iaitu Encik Mirzan dan Tan Sri Mokhzani turut dipanggil SPRM untuk mengisytiharkan aset masing-masing bernilai RM246 juta dan lebih RM1 bilion.

Katanya, setakat ini, siasatan terhadap Mahathir masih di peringkat awal dan sama ada ia akan diteruskan ke mahkamah bergantung kepada bukti yang dikumpul.

"Siasatan itu dilaporkan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa United Kingdom susulan pendedahan Pandora Papers dan Panama Papers yang membongkar kekayaan tersembunyi pemimpin dunia, bilionaire dan selebriti.

"Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan reaksi bercampur-campur apabila penyokong melihatnya sebagai langkah akauntabiliti, manakala pengkritik menuduh ia bermotifkan politik," ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada April 2024 dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anak Mahathir diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, SPRM memeterai Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) melalui kerjasama dengan National Crime Agency (NCA) United Kingdom pada Disember tahun lalu bagi membantu siasatan membabitkan Dr Mahathir, keluarga dan sekutunya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim