Bekas MB Perlis didakwa berkaitan tuntutan palsu cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta

AZLAN hadir pada perbicaraan kesnya berhubung 10 pertuduhan berkaitan tuntutan palsu dan penerimaan wang hasil aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Gambar Bernama

Berpotensikah Azlan mendapat DNAA?

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man telah membuat tuntutan berjumlah RM954,830.10 bagi perjalanan ke seberang laut dari 2014 hingga 2017.

Penolong Akauntan di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Encik Mohd Aswad Abdul Razak, 42, berkata tuntutan itu membabitkan wang berjumlah RM216,260 dan RM241,295.40 yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd masing-masing pada 2014 dan 2015 manakala RM253,195.40 dan RM244,079.30 dibayar kepada Aidil Travel & Tours Sdn Bhd pada 2016 dan 2017.

Mohd Aswad, yang sebelum ini memegang jawatan sama di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, turut mengesahkan salinan invois daripada Sri Kedawang Travel berjumlah RM216,260 berkaitan perkhidmatan syarikat pelancongan itu kepada Azlan, yang ketika itu Menteri Besar Perlis.

"Ia membabitkan Kos Bagi Tiket Penerbangan & Hotel Penginapan ke London, United Kingdom," kata saksi pendakwaan ke-17 itu ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes Azlan, yang berdepan 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

Mohd Aswad juga mengesahkan salinan tax invoice daripada Sri Kedawang Travel membabitkan 12 Days 11 Nights London Tour Package (Full Package) berjumlah RM241,295.40 yang diberikan kepada Azlan.

Dirujuk kepada salinan invois daripada Aidil Travel berjumlah RM253,195.40, saksi itu berkata dokumen berkenaan berkaitan dengan perkhidmatan Being Charges for Air Ticket & Hotel Accommodation yang diberikan oleh syarikat pelancongan berkenaan kepada bekas Menteri Besar tersebut.

Beliau turut mengesahkan salinan invois daripada Aidil Travel bagi Tuntutan Bayaran Untuk Perkhidmatan Pakej Perjalanan ke Luar Negara Menteri Besar Perlis pada 23-30 November 2017 berjumlah RM244,079.30.

"Saya sahkan sepanjang berkhidmat dari 2014 di Bahagian Khidmat Pengurusan, pihak Pejabat Menteri Besar Perlis ada membuat permohonan berkenaan kemudahan Cuti Seberang Laut.

"Adalah menjadi kesalahan sekiranya permohonan tuntutan elaun cuti seberang laut dibuat tetapi ia tidak berlaku," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Puan Noralis Mat.

Mohd Aswad berkata sekiranya pembekalan atau perkhidmatan tidak dilakukan, pembayaran tidak boleh dilakukan.

"Pembayaran dibuat berdasarkan pesanan kerajaan kepada pembekal atau syarikat setelah perkhidmatan yang diterima disempurnakan dan disahkan oleh Pusat Tanggungjawab berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan," katanya.

Azlan, 67, didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antara Disember 2013 dan Disember 2017.

Tuntutan itu melibatkan sebut harga tiket penerbangan ke London serta invois daripada syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tour (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Azlan juga berdepan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017 di beberapa lokasi termasuk cawangan Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya serta Hotel Sheraton Imperial di Kuala Lumpur mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Selain itu, beliau didakwa atas lima pertuduhan pilihan kerana menyalahgunakan wang RM1.06 juta milik Kerajaan Negeri Perlis yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, CIMB Bank Cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di Kuala Lumpur antara 19 Febriari 2014 dan Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Puan Azura Alwi bersambung 3 November ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim