Ahli Parlimen Indonesia panggil rakyat tolol, bodoh dilapor lari ke Singapura
Di JAKARTA, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Encik Ahmad Sahroni sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila dilaporkan memiliki 19 bidang tanah dan 28 kenderaan, Agensi memetik laporan portal berita Tribunnews semalam.
Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) mendedahkan bahawa nilai kekayaan Sahroni dianggarkan sekitar 328 bilion rupiah (RM84.3 juta).
Jumlah tersebut kali terakhir difailkan pada 21 Februari lalu.
Menurut LHKPN, Sahroni memiliki 19 bidang tanah dan bangunan di beberapa wilayah yang bernilai kira-kira 139 bilion rupiah (RM35.7 juta).
Beliau turut mempunyai kereta mewah pelbagai termasuk Bentley, Ferrari, BMW, Mustang, Tesla, Porsche, Mercedes, Volkswagen, Suzuki, Toyota, Honda.
Selain kereta, Sahroni memiliki beberapa buah motosikal termasuk Harley Davidson dan Vespa.
LHKPN juga menyatakan bahawa Sahroni berhutang kira-kira 34 billion rupiah (RM8.7 juta).
Beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu kediaman ahli DPR itu di Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam.
Di tengah-tengah ketegangan itu, Sahroni didakwa melarikan diri ke Singapura.
Gambar dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @irwandiferry menunjukkan Sahroni sedang menunggu penerbangannya di sebuah lapangan terbang.
Maklumat tersebut masih belum disahkan secara rasmi, kata Agensi merujuk berita Tribunnews, yang turut disiarkan akhbar Malaysia, Kosmo.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment