Populariti Nurul Izzah merudum, berbanding Rafizi

Walaupun Puan Nurul Izzah Anwar Ibrahim berjaya mengalahkan Datuk Seri Rafizi Ramli untuk jawatan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, terlalu ketara bahawa Rafizi jauh lebih popular daripada Nurul Izzah yang semakin tidak dipedulikan.

Suka atau tidak, seperti langit dengan bumi. Sepatutnya, Nurul Izzahlah yang lebih popular kerana berjaya menewaskan Rafizi. Ini tidak, terbalik pula.

Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku:

Pertama, ada kaitan dengan suara dan kuasa rakyat. Apabila dia kalah dalam pilihan raya ke-15 untuk kerusi Parlimen di Permatang Pauh, Pulau Pinang, di kubu kuat keluarganya sendiri, ini bermakna rakyat setempat sudah menolak Nurul Izzah dan keluarga, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali.Termasuk juga penolakan pengundi di situ terhadap PKR sendiri.

Kedua, sentimen kebencian rakyat terhadap Anwar sedang berada di paras bahaya. Dengan lain kata, di tahap maksimum. Suhu kemarahan marak tinggi, menunggu masa gasket pecah. Jika tidak, mana mungkin Himpunan Turun Anwar dibanjiri lautan manusia di Kuala Lumpur baru-baru ini pada 26 Julai lalu.

Meskipun Anwar tidak berjaya diturunkan, ia sudah cukup untuk memalukan seorang perdana menteri dalam konteks moral. Maka sungguh malang sekali Nurul Izzah kerana dia anak Anwar. Terkena tempias umpama tsunami.

Ketiga, kemarahan orang ramai, termasuk di dalam PKR sendiri, terhadap keputusannya mencabar Rafizi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Selain tiada keperluan Rafizi diganti, penonton drama politik ini merasa meluat melihat struktur PKR, di mana bapa presiden, anak timbalan.

Keempat, PKR sebagai parti politik yang semakin lemah. Kamu menjadi timbalan presiden pun tidak begitu bermakna kerana ia tidak akan membawa kamu ke mana-mana.

Kelima, sistem undi pemilihan kepimpinan PKR yang terakhir mencetuskan keraguan dari segi ketelusannya. Ini juga mendorong ahli senyap dalam parti bertanya, betulkah Nurul Izzah menang menewaskan Rafizi?

Bukan hendak kata apa. Kalau pilihan raya diadakan sekarang, PKR akan kalah teruk. Orang Melayu memang tidak suka. Orang Cina dan India pula sudah jadi 50-50. Jadi, undi dari mana PKR boleh dapat?

Kalau Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh, memang hampir pasti dia akan kalah.

Malah, Anwar sendiri dijangka kalah kalau bertanding pada masa ini.

Kasihan juga kepada Nurul kerana dia seumpama terperangkap dalam jerat percintaan politik. Dia bukan siapa-siapa sekarang. Dia bukan ahli Parlimen. She's nobody. Selain dia anak PM.

Tetapi dia ada profil sendiri sebagai Pejuang dan Puteri Reformasi sebelum ini. Oleh itu, dia jauh lebih hebat dari anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memang nobody. Tetapi bercakap macam menteri.

Maka tidak hairanlah Nurul kini cuba menonjolkan diri untuk mendapat perhatian awam. 

Peguam berdemo dia hadir. Lepas itu, terbang ke Sabah untuk bertemu ibu arwah Zara Qairina Mahathir.

Kalau balik Permatang Pauh, jangan lupa gaul bubur lambuk dalam kawah ya!

Dan terbaru, media melaporkan semalam bahawa Nurul Izzah Anwar turut menyuarakan kemarahan berhubung serangan terhadap anak lelaki Rafizi Ramli.

Nurul Izzah menyifatkan serangan itu sebagai telah melampaui batas.

Tindakan sedemikian bukan sahaja jenayah yang serius dan keji, malah pelanggaran terhadap prinsip kemanusiaan yang paling asas.

"Saya secara peribadi terkesan, kerana dalam beberapa minggu kebelakangan ini saya memberi tumpuan terhadap usaha melindungi murid sekolah daripada ancaman dan buli, termasuk di ruang digital.

"Politik mungkin medan pertembungan idea dan pendapat, tetapi keselamatan kanak-kanak dan keluarga tidak boleh sekali-kali digunakan untuk memberi tekanan atau tawar-menawar," kata Nurul Izzah dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun telah diheret keluar oleh dua orang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan ketika bekas timbalan presiden PKR itu, isterinya dan anaknya sedang menuju ke kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menurut Rafizi, penyerang berkenaan berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar menutup penuh muka.

Semalam, isterinya turut menerima mesej ugutan, termasuk ancaman untuk menjangkiti anak mereka dengan Aids jika dia tidak berdiam diri.

Rafizi berpandangan serangan itu mungkin ada kaitan dengan pertemuannya baru-baru ini bersama “sekumpulan pemberi maklumat” yang memiliki maklumat berhubung skandal yang melibatkan “seorang individu tertentu”.

Bekas menteri ekonomi itu berkata, walaupun dia pernah menyiasat banyak kes sebelum ini, ini adalah kali pertama dia atau keluarganya menjadi sasaran ancaman — dan kali ini, ugutan itu ditujukan kepada isterinya.

Rafizi tidak menamakan individu terlibat. Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini dia menggesa SPRM membuka kertas siasatan terhadap bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak — seorang ahli politik muda yang kini bergelar usahawan — yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal perlombongan arang batu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital