Polis dan MCMC berlumba Memburu Rindu

Cerita Allahyarham Zara Qairina Mahathir terjun sendiri adalah palsu

Astro Awani semalam melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya 'pakar bedah' kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

Dalam satu siaran langsung di platform TikTok pada Rabu lalu, 'pakar bedah' itu memberi gambaran berbaur konklusi seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu, semakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lelaki tersebut bukan kakitangan kementerian itu, apatah lagi terlibat dalam proses bedah siasat tersebut.

"Malah, KKM melalui Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Dr Jessie Hiu yang mengetuai proses bedah siasat remaja berkenaan turut menegaskan individu terbabit bukan sebahagian daripada pasukan perubatan tersebut.

"Malangnya, kandungan itu, tular sejak petang semalam (Jumaat) dengan ia memberi gambaran seolah-olah perkara yang diungkapkannya itu benar-benar berlaku," katanya semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2025 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, di Kuala Lumpur semalam, Sabtu 16 Ogos 2025.

Fahmi menambah, akaun TikTok individu terbabit juga sudah ditukar kepada mod ‘private’, sekali gus menghalang sebarang interaksi dengannya.

Fahmi menambah, akaun TikTok individu terbabit juga sudah ditukar kepada mod ‘private’, sekali gus menghalang sebarang interaksi dengannya.

Beliau turut memaklumkan, semua info yang diwar-warkan individu itu juga adalah palsu.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya menilai antara berita palsu dan sahih sebelum mempercayainya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini memaklumkan, polis membuka 15 kertas siasatan berkaitan berita palsu yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam serta menjejaskan proses siasatan kes kematian remaja itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital