Pejuang anggap Anwar dalam ketakutan

Ketua Penerangan Pejuang, Encik Muhammad Rafique Rashid Ali (gambar atas) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam ketakutan sehingga terpaksa mengeluarkan amaran mengelirukan apabila perdana menteri itu membangkitkan isu kezaliman minoriti.

Pada 15 Ogos, Anwar dilaporkan memberi amaran terhadap kezaliman, sama ada oleh kumpulan majoriti atau minoriti, susulan saman dikemukakan bekas menteri era PH, Encik P Waythamoorthy. Ia dibuat bagi mempersoal keabsahan statusnya sebagai ahli parlimen dan perdana menteri.

Kata Anwar, “Seorang tokoh terkenal, yang kini sibuk mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong terdahulu, sebelum ini pernah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah negara zalim (apabila) ribuan orang India (didakwa) dibunuh oleh polis dan mempersoalkan hak orang Melayu.

“Itu dari kumpulan minoriti… jadi, apabila saya beri amaran ini, ia bukan hanya kepada majoriti.

“Inilah yang saya maksudkan sebagai kezaliman minoriti, dan kita tidak akan bertoleransi (kerana kita) tiada toleransi terhadap sebarang bentuk perkauman dan fanatisme agama,” kata Anwar.

Muhammad Rafique seterusnya berkata ugutan itu kesan selepas Himpunan Turun Anwar yang berlangsung bulan lalu di ibu negara.

"Saya percaya PMX (Anwar) ketakutan. Maka dia cuba takutkan rakyat. PMX ketakutan kerana rakyat bangkit. Kerana rakyat mula persoal kelemahan kerajaan dan PMX sendiri.

"Kita sedang saksikan after effect Himpunan Turun Anwar. Rakyat mula ke hadapan untuk suarakan rasa tidak puas hati. Buatlah banyak manapun ucapan PMX, rakyat sudah berani," katanya lagi.

Menurut Rafique lagi, gelombang kebangkitan rakyat bermula di Sabah dengan isu Zara Qairina Mahathir membangkitkan solidariti semua.

"Kerana semua adalah ibu dan ayah ada anak-anak. Tambahan pula seolah layanan dua darjat. Tiada post mortem, cuba disapu bawah karpet, cuba disenyapkan. Rakyat hidu, rakyat bertanya, rakyat bergerak dan rakyat bersuara," katanya lagi.

Beliau juga berpendapat cara kerajaan menangani isu Jalur Gemilang agak lemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

"PMX juga terasa dengan saman mengenai kelayakan bertanding pilihan raya. Sama ada pembatalan tempoh iddah lima tahun terpakai. Saman itu tidak persoal pengampunan, isu itu Mahkamah Persekutuan telah putuskan. Malah saman itu jelaskan pengampunan kuasa Tuanku," katanya lagi, seperti dipetik Malaysiakini kelmarin, Sabtu 16 Ogos 2025.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital