Muda bidas UMNO kerana kuat membodek

Muda menempelak pimpinan UMNO Johor yang mengkritik kempen #DakwaSemulaZahid dan menolak dakwaan yang inisiatif itu menjejaskan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.

Timbalan Ketua Biro Komunikasi Muda, Encik Rasid Abu Bakar menegaskan kempen untuk mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berasaskan prinsip undang-undang, bukannya politik.

“Hakim telah memutuskan wujud kes prima facie terhadap Zahid.

“Namun Pejabat Peguam Negara memilih untuk memohon lepas tanpa bebas (DNAA), iaitu pelepasan sementara yang membolehkan kes dibuka semula.

“Menyamakan DNAA dengan pembebasan penuh adalah salah dari segi undang-undang dan mengelirukan rakyat,” Malaysiakini memetik Rasid sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Katanya lagi, rakyat ada hak untuk mempersoalkan mengapa seorang Timbalan Perdana Menteri diberi DNAA sedangkan rakyat biasa tetap perlu menjalani perbicaraan penuh.

“Tuntutan #DakwaSemulaZahid adalah tuntutan untuk kelulusan, integriti institusi kehakiman dan kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya lagi.

Kelmarin, Muda melancarkan kempen bagi menuntut Jabatan Peguam Negara membuka semula kes Zahid berkaitan Yayasan Akalbudi.

Pemangku Presiden Muda, Puan Amira Aisya Abdul Aziz berkata kempen itu penting kerana rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran dan rakyat mahu tahu “bagaimana orang yang berada dalam kerajaan boleh lepas dengan begitu sahaja”.

Susulan itu, dua pemimpin UMNO Johor mengecam langkah Muda, antaranya Ketua Penerangan UMNO Johor Encik Israk Abdullah yang memberi amaran parti Muda itu berisiko “menghakis keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara”.

Timbalan ketua Pemuda UMNO Johor Encik Aswad Ithnain pula menyifatkan Muda mengamalkan dwistandard kerana mendesak kes Zahid dibuka semula, tetapi berdiam diri mengenai prosiding undang-undang melibatkan bekas presidennya sendiri, Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq sebelum ini didapati bersalah antaranya atas pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM1.2 juta dana Pemuda Bersatu pada 2023.

Namun, pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan ahli Parlimen Muar itu daripada semua pertuduhan. Jabatan Peguam Negara kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Rasid menuduh pemimpin UMNO Johor lebih mementingkan kesetiaan politik berbanding prinsip keadilan.

“Muda tidak akan terjebak dalam permainan politik sempit ini. Sebaliknya, kami akan terus berjuang agar kes ini dibawa semula ke mahkamah demi kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

Rasid turut menyifatkan dua pemimpin UMNO itu cuba “mengampu” menjelang pilihan raya umum.

“Mungkin kerana musim pilihan raya semakin dekat, ramai yang ingin mengampu demi sekeping watikah untuk peluang menjadi calon pilihan raya.

“Jangan kerana ingin mengampu pemimpin kamu, nama Johor yang Ta’zim ini terpalit dengan nama pemimpin yang skandal rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasanya terkenal di seluruh dunia.

“Budaya mengampu bukan cara orang Johor,” katanya lagi.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital