Ketua Pengarang MalaysiaNow dipanggil polis sekali lagi
![]() |
Encik Abdar Rahman Koya, Ketua Pengarang MalaysiaNow |
![]() |
Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak |
Ketua Pengarang portal berita pro-pembangkang, MalaysiaNow, Encik Abdar Rahman Koya akan disoal siasat polis sekali lagi pada Khamis 21 Ogos, berhubung laporan skandal lesen penerokaan mineral di Sabah yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Seperti dilapor Malaysiakini semalam, Rahman berkata ini kali kedua dia dipanggil polis berkaitan pendedahan itu. Pusingan terbaru soal siasat, katanya, berpunca daripada laporan polis yang dibuat oleh Farhash.
Beliau sebelum ini disoal siasat pada 12 Ogos selepas Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) membuat laporan berhubung skandal sama.
Dalam kenyataan semalam, Rahman menegaskan dia akan terus menggunakan hak perlembagaan untuk enggan menjawab soalan polis dan tetap akan melindungi sumbernya.
Bulan lalu, MalaysiaNow menerbitkan siri pendedahan mendakwa SMM – sebuah GLC Sabah – telah memberikan lesen penerokaan mineral kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Farhash.
Farhash adalah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dia menjadi ketua pembangkang.
Kedua-dua pihak, baik Farhash mahupun SMM, menafikan dakwaan MalaysiaNow itu.
Bagaimanapun, SMM kemudian mengakui ia pernah memberi kelulusan bersyarat kepada syarikat milik ahli perniagaan itu untuk memohon lesen penerokaan, tetapi kelulusan tersebut dibatalkan selepas syarikat berkenaan gagal mengemukakan dokumen diperlukan.
Rahman berkata selain siasatan polis, Farhash turut memfailkan injunksi untuk menghalang MalaysiaNow daripada terus melaporkan isu berkenaan, serta saman fitnah berjumlah RM10 juta.
Katanya, permohonan injunksi itu akan didengar hari ini, Selasa 19 Ogos 2025.
“Soal siasat polis, saman fitnah dan permohonan untuk membungkam MalaysiaNow adalah sebahagian daripada gangguan terhadap wartawan, satu trend yang semakin meningkat seiring dengan siri kenyataan berpura-pura mempertahankan kebebasan media oleh pemimpin kerajaan.
“Sebagai editor MalaysiaNow, saya menolak untuk tunduk kepada gangguan ini,” katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment