Kes Zara Qairina dan anak Rafizi diserang—rosakkan imej negara di peringkat antarabangsa

Hassan (kiri) ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Bendahara pada Ahad 17 Ogos 2025.
Gambar Sinar Harian

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor, Encik Hassan Abdul Karim menyifatkan insiden kematian pelajar Zara Qairina Mahathir dan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai cabaran besar buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sekiranya kes-kes berkenaan tidak ditangani segera, dibimbangi akan wujud persepsi seolah-olah terdapat 'tangan ghaib' yang berperanan di negara ini.

“Kita tidak salahkan menteri sekarang kerana mereka masih baharu. Perkara seperti kes buli dan ugutan ini sudah berpuluh tahun berlaku, namun cara menanganinya perlu diperbaiki.

“Pertama, jangan cuba sembunyikan masalah. Hadapi dan bertindak, walaupun ada pihak yang marah. Kita perlu tegas serta dedahkan segala perkara yang berlaku.

“Saya mendesak siasatan telus. Tidak boleh biarkan mana-mana individu, termasuk ahli Parlimen dan keluarganya diancam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan di Kampung Bendahara semalam, Ahad 17 Ogos 2025.

Hassan menegaskan, Malaysia bukan negara mafia dan mempunyai undang-undang yang harus dikuatkuasakan tanpa kompromi.

“Pendirian Perdana Menteri dalam menangani masalah ini adalah betul, namun pihak berkuasa perlu bertindak pantas dan tidak hanya menunggu arahan.

“Ahli politik, NGO dan orang ramai boleh bersuara mendesak tindakan tetapi pihak berkuasa yang menjaga keamanan tidak boleh tunggu PM bercakap baharu mahu bergerak. Ikutlah SOP sedia ada.

“Kita tidak mahu kes seperti ini senyap begitu sahaja. Kita tuntut kepakaran polis untuk menangani kejadian ini,” jelasnya.

Hassan berkata, kelewatan bertindak hanya akan menimbulkan persepsi buruk bahawa ada campur tangan pihak tertentu.

Beliau menambah, rakyat tidak seharusnya berasa tidak selamat di kawasan sekolah walaupun kes Zara Qairina dianggap terpencil.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, ugutan terhadap Rafizi memperlihatkan perkembangan politik negara seakan mundur ke belakang apabila kaedah sebegitu digunakan untuk menutup suara lantang ahli politik.

“Ahli Parlimen akan rasa tidak selamat apabila bercakap. Perlu hati-hati kerana bimbang diugut. Saya dukacita dengan perkembangan ini.

“Ugutan terhadap Rafizi bukan sahaja menjadikan politik Malaysia mundur, malah insiden-insiden sebegini turut merosakkan imej negara, bukan sahaja di mata rakyat, tetapi juga masyarakat antarabangsa,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital