Dulu MB Pahang lama pun pernah ajak pembangkang bertumbuk di DUN

Ahli Parlimen ajak Ahli Parlimen bertumbukSatu lagi bukti memalukanahli politik Malaysia bertaraf kelas kambing, tak boleh pakai dan menghabiskan beras rakyat 

Tindakan seorang ahli Parlimen yang mengajak bertumbuk dan bergaduh di Dewan Rakyat merupakan satu perbuatan yang memalukan dan tidak mencerminkan maruah institusi tertinggi negara, kata akhbar Sinar Harian hari ini.

Insiden tersebut bermula dengan kekecohan apabila Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakhiri debatnya dengan pantun yang menggesa pemimpin PH, terutamanya dari DAP, meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Encik Chong Zhemin (PH-Kampar) dari DAP kemudian bangun untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(1), mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang tidak relevan dengan agenda perbahasan berkaitan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Memang macam beruk

Ketegangan memuncak ketika itu, dengan anggota pembangkang mula menjerit beramai-ramai ke arahnya.

Sementara itu, Astro Awani pula melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya terbukti wujud cubaan serangan fizikal, susulan dakwaan seorang Ahli Parlimen telah mencabar untuk bergaduh di luar Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat itu memaklumkan telah mengarahkan unit rakaman video dan audio untuk menyerahkan bahan bukti kepadanya.

Ia susulan Ahli Parlimen Kota Melaka, Encik Khoo Poay Tiong membangkitkan isu keselamatan wakil rakyat selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim didakwa mengajak untuk bertumbuk kelmarin, Rabu 13 Ogos 2025.

"Kota Melaka, saya telah pun mengarahkan semua unit di dalam Parlimen termasuk unit video dan audio untuk memberikan saya bukti.

"Kalau ada bukti menunjukkan bahawa perlakuan tersebut terjadi atau tindakan untuk menyerang itu terjadi, saya akan ambil tindakan tegas kali ini," kata Johari di Dewan Rakyat pada Khamis (semalam).

Sebelum itu, Poay Tiong menggesa tindakan terhadap Awang Solahuddin yang didakwa melakukan isyarat seolah-olah mengajak Ahli Parlimen di blok kerajaan untuk bertumbuk di luar Dewan Rakyat.

"Tan Sri perlu ambil satu tindakan yang tegas terhadap Pendang sebab insiden ini telah disiarkan satu dunia. Semua orang sudah lihat apa berlaku semalam di dalam dewan.

"Dalam masa ini kita bincang tentang perbuatan buli, yang harus kita banteras... Tetapi apa yang berlaku semalam di sini Pendang nak bergaduh dengan Ahli Parlimen yang lain.

"Saya rasa itu satu perbuatan atau satu contoh yang amat tidak harus berlaku dalam dewan yang mulia ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, Johari berkata cubaan untuk menggunakan kekerasan fizikal kepada mana-mana pihak disifatkan sebagai melangkaui 'garisan merah'.

"Saya tak matikan pun suara anda dalam mikrofon... Saya mahu beri peluang kerana anda semua ahli politik.

"Tetapi bila menggunakan atau cuba menggunakan tindakan fizikal, saya fikir ia sudah melampaui batas dan anda telah melangkaui garisan merah.

"Tetapi saya tak mahu tuduh... Saya sudah arah semua pihak buat siasatan, dan saya akan buat keputusan pada Isnin (18 Ogos) ini," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital