Pecat UMNO dari kerajaan perpaduan sekarang!

Sudah tiba masanya pemimpin tertinggi kerajaan perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan segera, nekad dan berani dengan memecat keluar UMNO dari kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri boleh mengekalkan MCA dan MIC dalam kerajaan.

Ini kerana tindak tanduk UMNO pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah berada di tahap melampau.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan Madani sebenarnya telah merosakkan dengan teruk kualiti dan integriti pasukan kerajaan sehingga ia boleh musnah dan hancur lebur pada bila-bila masa dari sekarang. Sepertimana pokok durian Musang King di Raub ditebang musnah oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Sebelum terlupa, kebun sayur yang sudah ranum di Cameron Highlands dilaporkan sebelum ini telah dimusnahkan juga dengan begitu takbur sekali. Kebodohan sombong ini akan membantu dan mempermudahkan, dalam memberi laluan kepada PN mengambil alih kerajaan negeri Tok Gajah itu dalam PRU akan datang.

Nama UMNO sudah terlalu busuk, hapak dan haprak. Sejak menjadi komponen Madani pada November 2022, elemen-elemen kebusukan, kehapakan dan kehaprakan terus mengganas lalu mengalir masuk ke dalam Madani dengan begitu bermaharajalela sekali.

Percayalah, jika Anwar masih bersabar dan membiarkan UMNO membusuk dan membusung dalam Madani, Anwar sekali dan kerajaan akan dihalau dan tumbang.

Nama UMNO sudah terlalu busuk dan keji. Percubaan untuk mewangikan UMNO di dalam Madani nampaknya menghasilkan bau paling menjijikkan kepada keseluruhan kerajaan Madani itu sendiri.

Walaupun Anwar sedang berdepan dengan berbagai kontroversi, Permadu Malaysia berpandangan Anwar masih merupakan perdana menteri terbaik berbanding empat perdana menteri terdahulu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (campuran PN dan UMNO), Tan Sri Muhyiddin Yassin ((PN), Tun Dr Mahathir Mohamad (PH) dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (BN/UMNO).

Maknanya, jika pembangkang yang ada sekarang hendak mengambil alih kerajaan, lebih baiklah kita kekalkan Anwar. Bukan kerana Anwar terlalu bagus, tetapi sekurang-kurangnya dia lebih bagus daripada empat orang sebelumnya.

Sudah teramat jelas sekarang bahawa UMNO bukanlah sebuah parti keramat yang memperjuangkan untung nasib rakyat jelata khususnya Islam dan Melayu. Perjuangan mereka begitu ketara untuk kepentingan golongan elit sesama mereka sahaja.

Kebodohan dan kebangangan UMNO mengambil kesempatan di dalam kerajaan dengan menunggang liar Madani menunjukkan parti itu adalah pembela rasuah. Itu sahaja kebolehan UMNO.

Maka, janganlah kita diperbodohkan oleh UMNO yang bodoh dan bangang!

Sekarang Madani mendakwa mereka ada  148 kerusi di dalam Dewan Rakyat. Ditolak 27 kerusi UMNO, kamu masih ada 121 kerusi, membawa erti masih ada simple majority.

Bertindak sekarang, Anwar. Sebelum kamu sama-sama menjadi busuk dan hapak. Walaupun sekarang sudah sukar mengelak dari terhidu kehangitannya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?