Makin dipujuk makin hendak letak jawatan

Nik Nazmi tetap dengan keputusan letak jawatan Kabinet


Ingatkan Hishammuddin Tun Hussein seorang sahaja makin dipujuk makin merajuk

Biarpun ada saranan yang memintanya untuk tidak meneruskan hasrat meletak jawatan, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad dikhabarkan kekal dengan pendiriannya untuk melepaskan tugas sebagai anggota Kabinet, demikian menurut risikan Berita Harian semalam.

Perkembangan itu hadir selepas beliau semalam berkongsi di Instagram, dilihat menyampaikan ucapan pada satu majlis perpisahan, difahamkan berlangsung di kementeriannya di Putrajaya.

Untuk rekod, peletakan jawatan Ahli Parlimen Setiawangsa itu akan berkuat kuasa Jumaat ini, yang mana ketika ini, beliau masih dalam tempoh cuti.

Dalam satu program temubual podcast menerusi Youtube minggu lalu, Nik Nazmi turut menegaskan pendiriannya untuk meletak jawatan adalah kekal.

Beliau menyifatkan keputusan diambilnya tidak mudah selepas menimbang beberapa perkara termasuk mandatnya dalam PKR.

"Saya fikir untuk menjadi ahli politik, menghormati mandat itu adalah penting. Saya sudah tidak dapat mandat parti, jadi sukar untuk saya teruskan (tugas sebagai menteri)," katanya.

Nik Nazmi juga menyatakan, pelbagai keistimewaan dinikmati jika beliau memilih untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri, namun mendakwa keputusan berundur adalah yang paling terbaik.

Sudah kemas pejabat sejak bulan lalu

Namun, sumber pegawainya yang dihubungi akhbar Bahasa Melayu itu memaklumkan bekas Naib Presiden PKR itu sudah pun mengemas dan mengosongkan pejabatnya sejak bulan lalu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menaruh harapan supaya Nik Nazmi mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletak jawatan Kabinet.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai ini.

Ia menyusuli kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Keputusan diambil kedua-dua pemimpin PKR itu berikutan kekalahan mereka mempertahan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei lalu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital